AMEkonomi @ My LNANiaga @ My LNA

MEDAC bantu usahawan PKS lonjakkan perniagaan melalui e-dagang

81

KUALA LUMPUR 24 November 2020 – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) pada hari telah mengadakan perjumpaan dengan 13 orang wakil syarikat-syarikat utama e-dagang yang beroperasi di Malaysia bagi mewujudkan ikatan kolaborasi, kerjasama dan sokongan dalam usaha membantu usahawan dan koperasi untuk meningkatkan keupayaan perniagaan di sektor peniaga/penjaja kecil, mikro dan informal tempatan, secara atas talian. Perjumpaan tersebut telah berlangsung di Menara Kembar Bank Rakyat.

Menurut Menterinya Dato’ Seri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerusi satu siaran media yang diedarkan hari ini, statistik yang dikeluarkan oleh pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa sektor e-dagang negara telah menyumbang sebanyak RM127 billion daripada keseluruhan jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2019.

“Sektor ini telah juga menunjukkan trend peningkatan dari segi prestasinya, berbanding tahun 2015, yang mencatatkan RM89 billion.

Menyedari akan kemajuan prestasi dan potensi di sektor e-dagang (perniagaan digital atau atas talian), di dalam menyebar-luas serta mengembangkan pasaran komuniti usahawan dan koperasi tempatan, MEDAC berhasrat membantu usahawan dalam memperkasakan perniagaan atas talian.” kata Dr Wan Junaidi.

Ahli Parlimen Santubong itu turut menambah bahawa MEDAC amat prihatin terhadap impak dan kesan penularan COVID-19 ke atas usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), perusahaan mikro dan koperasi serta golongan usahawan berstatus informal.

“Platform e-commerce yang bakal dilaksanakan ini diharap memberi impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi usahawan PKS dan mikro, antaranya dapat memperluas akses usahawan kepada RM150 juta dana sumber pembiayaan alternatif.

Ia juga boleh membantu usahawan PKS dan Mikro tempatan yang terkesan ekoran daripada wabak COVID-19 dan PKP untuk bangkit semula memulakan perniagaan.

Di samping itu ia membantu usahawan PKS dan mikro tempatan yang ditawarkan Geran SME Corp. seperti BEEP, untuk memulakan projek sebagai ‘bridging fund’.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNAUTAMA

Penjual Kerepek Capai 80% Peningkatan Jualan dengan Shopee Live

KUALA LUMPUR, 19 April 2024 – Mengenal pasti potensi berkembang strim langsung,...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...