AM

Kementerian Perpaduan Negara tandatangani MoU bersama YPM

75

KUALA LUMPUR 24 November 2020 – Satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani oleh Kementerian Perpaduan Negara hari ini dengan Yayasan Perpaduan Malaysia (YPM) bagi menjalankan enam (6) program berteraskan perpaduan yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi melalui Kelab Rukun Negara dan Sekretariat Rukun Negara di bawah seliaan Kementerian tersebut.

Menurut Kementerian Perpaduan Negara menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, memorandum telah ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian, YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Md Radzi, manakala Yayasan Perpaduan Malaysia diwakili oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia, YBhg. Profesor Dr. Suresh Kumar Govind. Ia disaksikan oleh Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia, YBhg. Tan Sri Lee Lam Thye.

“Kerjasama ini akan dapat memantapkan usaha pengukuhan perpaduan, integrasi nasional dan penghayatan Rukun Negara yang akan melibatkan Jentera Perpaduan seperti Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Sekretariat Rukun Negara (SRN) di Institusi Pengajian Tinggi dan Kelab Rukun Negara (KRN) di sekolah-sekolah.” kata Datuk Halimah Sadique.

Menurut Kementerian Perpaduan Negara, enam (6) program yang akan dilaksanakan seperti berikut:

  1. Projek kolaborasi bersama Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah bertemakan “In-Kindness, We Unite” dengan tujuan mempromosi Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu dalam kepelbagaian;
  2. Projek “Unity Corner” untuk menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan murid-murid sekolah dengan menghasilkan sebuah sudut yang penuh informasi dalam kawasan sekolah. Sudut ini akan menjadi tempat rujukan dan aktiviti belajar secara santai;
  3. Sesi bengkel “Explore Merdeka” bertujuan untuk mewujudkan ruang bagi masyarakat menghayati dan berkongsi erti kemerdekaan; dan
  4. Program “Kembara Perpaduan @ CIMB Hiking 4 Unity” yang bertujuan mempromosi perpaduan melalui kegiatan sihat, pendekatan interaksi dan komunikasi secara terus berdasarkan kepentingan bersama dengan alam semulajadi;
  5. Bengkel Intensif Rukun Negara yang bertujuan mendedahkan pelajar sekolah rendah mengenai kepentingan penghayatan Rukun Negara dalam kehidupan seharian; dan
  6. Seminar atas talian “Rukun Negara: Direction for the Future” yang bertujuan membincangkan tentang peranan Rukun Negara sebagai panduan yang akan menentukan halatuju Malaysia pada masa akan datang.

Sebelum ini Kementerian Perpaduan Negara telah menandatangani Memorandum Persefahaman bersama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi pembangunan Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) dan kajian Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) dan juga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi menjalankan kajian-kajian penyelidikan berhubung perpaduan negara dan integrasi nasional.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNACuaca @ My LNAUTAMA

NADMA laksanakan Operasi Pembenihan Awan di Sabah

SABAH, 28 Mac 2024 – Semalam Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Ramadan dan limpahan barakahnya

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Kedatangan bulan Ramadan sangat ditunggu-tunggu oleh...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...