AMPolitik @ My LNA

Apakah Malaysia mahu diheret kembali ke arah ‘mendiamkan suara lawan’? – Mujahid

109

3 November 2020 – Ahli Parlimen Parit Buntar YB DS Dr Mujahid Yusof Rawa pada hari ini menyoal apakah Malaysia mahu diheret kembali ke arah ‘mendiamkan suara lawan’ dengan memberi nyawa kepada Akta Hasutan, melalui siaran media yang dikeluarkan hari ini.

Menurut beliau yang juga merupakan mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), antara faktor yang menarik sokongan pelbagai kaum terhadap Pakatan Harapan (PH) ialah komitmen reformasi perundangan yang dperjuangkannya di mana akta basi peninggalan penjajah seperti ISA, Akta Hasutan dan lain-lain dituntut supaya dihapuskan.

” Alhamdulillah perjuangan disokong oleh rakyat telah berjaya menghapuskan ISA (Internal Security Act) dalam siri kempen Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) oleh mangsa dan aktivis. Semua undang-undang ini mempunyai ciri bebanan tuduhan tanpa memerlukan bukti kukuh kerana kuasa luas yang ada di dalam takrifan kesalahannya.

Akta Hasutan (1948) pula adalah peninggalan British untuk mengekalkan penguasaan mereka dan diwarisi oleh kita hari ini dengan beberapa pindaan baru. Sebab penolakan kita kepada akta ini terletak kepada soal asas seperti apakah takrif ‘HASUT’ (SEDITIOUS)? Kenapa bebanan tuduhan longgar sehinggakan tujuan asal undang-undang itu boleh tersasar dan disalahgunakan untuk kepentingan lain.” kata Naib Presiden AMANAH tersebut.

Tambah Dr. Mujahid, seluruh rakyat menolak pemimpin kuku besi kerana ia bercanggah dengan kehendak demokrasi.

“Namun demikian jika masih wujud undang-undang yang memberi ruang kepada pemerintah untuk ‘diamkan suara’ lawannya maka undang-undang itu sendiri mesti dihapuskan untuk memelihara negara daripada diheret ke arah pemerintahan kukubesi.

Akta yang ruang definisinya samar dan kabur seperti Akta Hasutan boleh membawa kepada hak kebebasan memberi pandangan terjejas. Menutup ruang perbezaan pandangan khususnya dalam ruang kritikan dasar negara dan keputusan politik adalah simptom kepada penguasa yang lemah kerana gagal mempertahankan tindakan mereka secara objektif dan bertamadun.” tegas beliau.

Mengulas lanjut, Dr Mujahid berkata bahawa semasa PH memerintah keputusan besar kabinet adalah bersetuju untuk meletakkan morotorium (tangguh) ke atas penggunaan Akta Hasutan dan menolak Akta Anti-Berita Palsu atas alasan akta ini ‘longgar’ dan boleh disalahgunakan oleh pihak berkuasa.

“Godaan menggunakan akta yang sedia ada sangat tinggi dalam keadaan terdesak untuk kekalkan kuasa dan mendiamkan pihak lawan. PH melihat maslahat memelihara kebebasan bersuara lebih utama walaupun mengambil risiko yang tinggi diserang golongan berkepentingan.

Kita perlu menjawab secara objektif setiap tuduhan politik dan perlu berhadapan melalui wacana sehat dan debat polisi yang konstruktif. Mungkin ia memakan masa yang panjang tetapi ruang yang diperlukan untuk mendidik kesedaran awam kepada hak bersuara adalah sangat penting. Kita tidak perlu akta yang dengan longgar mendefinisikan ‘hasutan’ mengikut selera pihak berkepentingan.” ujar beliau.

Semalam, Dr Mujahid hadir di Bukit Aman dipercayai bagi memberikan keterangan. Difahamkan, kehadiran beliau ke ibu pejabat tersebut adalah susulan kenyataan beliau berhubung pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong Mac lalu.

Mujahid dilaporkan tiba di perkarangan kompleks berkenaan sekitar jam 5.35 petang pada Isnin. Sebelum itu beliau turut sempat memuat naik satu tweet di laman Twitter, yang menyatakan bahawa beliau akan bekerjasama dengan Unit Siasatan Jenayah Terkelas D5 Bukit Aman.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...