Home AM Dr. Maszlee sahkan tarik diri dari parti Pejuang
AMCOVID-19Politik

Dr. Maszlee sahkan tarik diri dari parti Pejuang

2 November 2020 – Ahli Parlimen Simpang Renggam YB Dr Maszlee Malik pada hari ini mengumumkan bahawa beliau menarik diri dari parti Pejuang dan juga penarikan beliau sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja Penubuhan parti Pejuang. Ini susulah perbagai persoalan telah timbul setelah kenyataan media parti Pejuang keluar tanpa nama beliau.

Menurut mantan Menteri Pendidikan tersebut melalui satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, beliau ingin menumpahkan sepenuhnya usaha untuk membantu rakyat yang terkesan dengan COVID-19 khususnya di Simpang Renggam dan umumnya di seluruh negara.

“Saya juga akan meneruskan usaha dalam gerakan perubahan pendidikan melalui kapasiti saya sebagai Ahli Parlimen Bebas dan melalui ruang aktivisme dan kerja-kerja kemanusiaan melalui rangkaian NGO dan rakan-rakan aktivis lain. Saya percaya, perubahan tidak memerlukan kedudukan dan jawatan, tetapi keinginan dan kesempatan.

Keputusan ini dibuat berdasarkan dapatan fakta melalui kajian lapangan dan tinjauan terperinci melalui aspirasi dan kehendak rakyat terbanyak.” jelas beliau.

Tambah Dr. Maszlee, beliau juga percaya bahawa rakyat sudah muak dengan politik percaturan kuasa oleh pihak politikus elitis.

“Rakyat mahukan ahli politik yang fokus berkhidmat dan benar-benar menyelesaikan masalah yang rakyat hadapi sekarang.

Sama sama kita mendoakan agar pandemik COVID-19 ini segera reda dan menghilang serta kehidupan rakyat kembali normal. Kita belum menang, tetapi kita pasti menang. Insya-Allah” ujar beliau.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPerumahanSDGS

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor...

MY LNAPolitik

Tuduhan Anwar – Dr M

1. Dalam usaha untuk menghalang perhimpunan Melayu yang menjemput saya hadir, Anwar...

AMDSISHighlightsKebajikanMY LNA

Ismail Sabri santuni anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

27 Mac 2023 – Mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob...