AMCOVID-19 @ My LNAPendidikan @ My LNA

Sebanyak 177 institusi pendidikan di Seremban akan ditutup mulai 25 Oktober 2020 sehingga 9 November 2020 – KPM

68

24 Oktober 2020 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada hari ini memaklumkan bahawa semua institusi pendidikan di kawasan zon merah di daerah Seremban, Negeri Sembilan akan ditutup bermula 25 Oktober 2020 sehingga 9 November 2020. Ini adalah selaras dengan perutusan khas YAB Perdana Menteri pada 6 Oktober 2020 lepas berhubung keputusan kerajaan untuk menutup sekolah di kawasan-kawasan yang disahkan zon merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut KPM melalui satu siaran media yang diedarkan pada hari ini, keputusan tersebut melibatkan sebanyak 177 institusi pendidikan di seluruh daerah Seremban dan bilangan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM, institusi pendidikan guru serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.

“Senarai institusi pendidikan yang ditutup di daerah Seremban dilampirkan bersama-sama untuk rujukan ibu bapa, penjaga serta warga sekolah dan institusi terbabit. Untuk makluman juga, senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan akan dimuat naik di portal KPM di www.moe.gov.my dan di platform media sosial rasmi KPM.

Sekolah dan institusi yang mempunyai asrama juga ditutup. Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil murid atau pelajar yang tinggal di asrama tersebut untuk pulang. Walau bagaimanapun, murid atau pelajar yang menunggu untuk diambil ibu bapa serta murid atau pelajar yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah dan institusi berkaitan sepanjang tempoh penutupan akan berada di bawah penjagaan warden asrama. Keperluan makan dan minum murid serta pelajar sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah dan institusi berkenaan.” jelas KPM.

Berhubung dengan murid-murid yang perlu menduduki peperiksaan antarabangsa seperti yang telah dijadualkan sepanjang tempoh penutupan institusi pendidikan, mereka hendaklah mendapatkan surat dari sekolah masing-masing untuk menghadiri peperiksaan.

“Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pentadbir sekolah serta semua institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru-guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah. Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my.

Dalam hal ini, KPM sentiasa memantau situasi di seluruh negara serta sentiasa bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM. Sebarang pemakluman berhubung penutupan sekolah dan institusi akan dibuat dari semasa ke semasa.” ujar KPM.

Pada hari ni KKM memaklumkan bahawa terdapat 96 KES BARU Positif COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 sebanyak 1,290 kes. Dari jumlah tersebut, 1,070 kes telah sembuh dan discaj, 212 kes yang masih menerima rawatan di wad, dan lapan (8) kes telah meninggal dunia.

Pecahan kes baharu di Seremban adalah seperti berikut (Labu) : 54 kes Saringan KLUSTER KAYA (BAHARU) (Tempatan), Satu (1) kes Saringan KLUSTER AUTO (Tempatan) dan (Ampangan) : 41 kes Saringan Kluster SOFI (Tempatan).

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNACSR @ BM My LNA

Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan MenerusiInisiatif CSR Sesama Mara

KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAKomunikasi Digital @ My LNAUTAMA

MCMC gesa hentikan hantaran provokasi

CYBERJAYA, 29 Mac 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak...

AMBM @ MY LNACuaca @ My LNAUTAMA

NADMA laksanakan Operasi Pembenihan Awan di Sabah

SABAH, 28 Mac 2024 – Semalam Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Ramadan dan limpahan barakahnya

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Kedatangan bulan Ramadan sangat ditunggu-tunggu oleh...