Home AM “KAUNSELING KE ARAH KESEJAHTERAAN MASYARAKAT” tema Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan 2020
AM

“KAUNSELING KE ARAH KESEJAHTERAAN MASYARAKAT” tema Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan 2020

PUTRAJAYA 30 September 2020 – “Kaunseling Ke Arah Kesejahteraan Masyarakat” telah dipilih sebagai tema Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan (BKK) 2020 di mana ia dipilih selaras dengan impian dan harapan kerajaan dalam mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan prihatin melalui pemberian perkhidmatan kaunseling profesional.

Menurut Kementeriian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui kenyataan media yang diedarkan hari ini, KPWKM amat komited dalam usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keperluan perkhidmatan kaunseling profesional.

“Pandemik COVID-19 telah mencetuskan pelbagai isu kritikal yang memberi kesan yang serius terhadap kesejahteraan psikologi masyarakat. Justeru itu, Talian Khas Kaunseling COVID-19 diwujudkan bagi memberi bantuan sokongan psikologi kepada mereka yang terkesan dengan penularan wabak ini dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Objektif pelaksanaan BKK adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perkhidmatan kaunseling profesional sebagai salah satu sistem sokongan penting dalam mewujudkan kesejahteraan masyarakat, melestarikan pemikiran masyarakat terhadap keperluan perkhidmatan kaunseling profesional, meningkatkan kebolehcapaian
perkhidmatan kaunseling profesional kepada masyarakat dan mempromosikan perkhidmatan kaunseling profesional kepada masyarakat.” kata Kementerian.

Tambah KPWKM, pelbagai program akan dilaksanakan oleh Kementerian, Jabatan dan Agensi serta Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan perkhidmatan kaunseling untuk semua peringkat masyarakat. Dengan adanya pelbagai program dan kefahaman tentang perkhidmatan kaunseling, kesejahteraan dan kesihatan mental rakyat Malaysia sentiasa di tahap yang stabil.

Kementerian berharap supaya kaunselor berdaftar terus melengkapkan diri dengan kepelbagaian ilmu pengetahuan dan kemahiran agar dapat memberikan perkhidmatan kaunseling yang terbaik kepada masyarakat Malaysia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPerumahanSDGS

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor...

AMDSISHighlightsKebajikanMY LNA

Ismail Sabri santuni anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

27 Mac 2023 – Mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob...

AMBizEkonomiMY LNAPengguna

Bengkel Motosikal Tawar Tayar Harga Rahmah RM5

KAJANG, 26 Mac 2023 – Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, sebuah...