Home AM Dr. Muhd Noor Muhd Yunus dipilih sebagai Presiden Persatuan Saintis Penyelidik yang baharu (MARS)
AM

Dr. Muhd Noor Muhd Yunus dipilih sebagai Presiden Persatuan Saintis Penyelidik yang baharu (MARS)

BANGI 28 September 2020 – Persatuan Saintis Penyelidik (MARS) telah mengumumkan pelantikan Dr. Muhd Noor Muhd Yunus sebagai Presiden persatuan tersebut melalui satu kenyataan media yang diedarkan semalam. Beliau dipilih menggantikan YBrs. Dr Wan Manshol bin Wan Zin mulai 25 September 2020 di Mesyuarat Agung Tahunan yang telah diadakan di Bangi Golf Resort, Bangi.

Menurut MARS, Dr Muhd Noor pernah berkhidmat di Agensi Nuklear Malaysia lebih daripada 30 tahun sebagai Timbalan Ketua Pengarah Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), Agensi Nuklear Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

“Dr. Muhd Noor bin Muhd Yunus juga pernah menyandang beberapa jawatan seperti i. Ahli Lembaga Perlesenan Tenaga Atom; ii. Ahli Pengarah Lembaga EPIC iaitu sebuah anak syarikat Cenviro Sdn. Bhd.; iii. Pengarah TGL (Uganda); dan iv. Penasihat Teknikal ECE Sdn Bhd” ujar MARS.

Berikut adalah senarai Barisan Ahli Majlis MARS sesi 2020-2022 :

Presiden : Dr. Muhd Noor Muhd Yunus
Setiausaha: Cik Hasfazilah binti Hassan
Penolong Setiausaha: Sabariah binti Kader Ibrahim
Bendahari: Dr. Mazleha Maskin
Exco
Prof Dr. Hj. Wan Mohtar W. Yusoff
Dr. Mazleha Maskin
Dr. Azhar Bin Mohamad
Dr Aswir Abd Rashed
Dr Sofian b. Ibrahim
En. Abdul Basid Ramli
Hj. Hasbullah Mustafa
En. Norfaizal Mohamed

MARS merupakan persatuan yang dianggotai oleh pegawai-pegawai penyelidik atau saintis dengan pelbagai kepakaran daripada institusi-institusi penyelidikan di Malaysia seperti Agensi Nuklear Malaysia, SIRIM, IMR, MARDI, STRIDE, FRIM dan banyak lagi. MARS juga sangat sinonim dengan penganjuran Malaysia Technology Expo yang diadakan setiap tahun lebih daripada 17 tahun di samping membawa inovasi daripada Malaysia, bertanding di luar negara seperti Korea, Geneva dan China.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

PM hadiri Kenduri MENU RAHMAH

KUALA LUMPUR 20 Mac 2023 – Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri...

AMHighlightsMY LNASains, Teknologi & Komunikasi

MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R

CYBERJAYA 19 Mac 2023 – Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),...

AMHighlightsMY LNAPertanianSekuriti Makanan

Mohamad Sabu ke Indonesia, teroka teknologi baru industri padi

PUTRAJAYA 17 Mac 2023 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, B Datuk...

AMHighlightsMY LNAPertahanan

Majlis Serah Tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia

PUTRAJAYA, 17 Mac 2023- Timbalan Ketua Pengarah Logistik, Agensi Pengkuatkuasaan Maritim Malaysia,...