AMKenyataan Media

Selangor dominasi pelancongan Domestik Malaysia 2019

469

PUTRAJAYA 30 SEPTEMBER 2020 – Mengikut statistik Survei Pelancongan Domestik 2019 mengikut negeri yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada hari ini, Selangor ternyata mendominasi Pelancongan Domestik Malaysia pada tahun 2019.

Penerbitan statistik Survei Pelancongan Domestik 2019 mengikut negeri tersebut menyediakan statistik pelancongan domestik di peringkat negeri dan antara perangkaan utama yang dimuatkan dalam laporan ini ialah bilangan pelawat, jumlah terimaan, bilangan perjalanan dan bilangan hari menginap.

“Selain itu, penerbitan ini juga mempersembahkan statistik berkaitan trend perjalanan pelancongan seperti destinasi tumpuan utama, mod pengangkutan utama dan jenis penginapan. Sebagai tambahan, statistik profil sosial & demografi pelawat domestik mengikut kumpulan umur, kumpulan etnik, tahap pendidikan, kelas pendapatan isi rumah dan status guna tenaga turut dimuatkan dalam penerbitan ini.

Selangor mencatatkan jumlah terimaan perbelanjaan pelawat domestik tertinggi iaitu sebanyak RM15.5 bilion. Ini diikuti oleh W.P. Kuala Lumpur RM12.1 bilion, Sarawak RM8.7 bilion, Sabah RM8.1 bilion dan Perak RM7.8 bilion. Kelima-lima negeri ini menyumbang sebanyak 50.6 peratus daripada jumlah terimaan pelancongan. Dari segi ketibaan pelawat domestik, Selangor adalah yang tertinggi iaitu seramai 33.6 juta pelawat. Ini diikuti oleh W.P. Kuala Lumpur 22.6 juta, Sabah 22.0 juta, Perak 21.1 juta dan Sarawak 19.8 juta pelawat.” kata Ketua Perangkawan Malaysia Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Tambah beliau, dari segi trend perjalanan bermalam, melawat saudara-mara dan rakan adalah tujuan perjalanan yang tertinggi bagi semua negeri.

“Sementara itu, Melaka merekodkan peratus sumbangan tertinggi bagi perjalanan untuk tujuan percutian iaitu mewakili 42.8 peratus jumlah perjalanan, diikuti oleh Pulau Pinang 28.2 peratus, Pahang 26.6 peratus dan Sabah 21.5 peratus. Berdasarkan pilihan jenis penginapan, majoriti pelancong memilih “penginapan tidak berbayar (rumah saudaramara & rakan)” kecuali Melaka, W.P. Labuan dan W.P. Putrajaya. Sementara itu, pengangkutan darat adalah pilihan utama mod pengangkutan oleh pelancong di setiap negeri kecuali di W.P. Labuan.” kata Dr. Mohd Uzir.

Mengulas lanjut berkaitan profil sosial & demografi pelawat domestik, beliau berkata semua negeri merekodkan ketibaan pelawat domestik paling tinggi bagi kategori umur 25 hingga 39 tahun.

“Bagi kumpulan etnik pula, etnik Bumiputera mendominasi bilangan ketibaan di kebanyakan negeri kecuali Pulau Pinang yang didominasi oleh pelawat dari kumpulan etnik Cina. Dari segi kelas pendapatan isi rumah pelawat domestik, 11 negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Terengganu, Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan mencatatkan peratus sumbangan tertinggi bagi pelawat domestik yang mempunyai pendapatan isi rumah RM1,001 hingga RM3,000 sebulan.

Sementara itu, Pulau Pinang, Selangor, W.P. Kuala Lumpur dan W.P. Putrajaya merekodkan peratus pelawat domestik paling tinggi daripada isi rumah yang berpendapatan RM5,001 hingga RM10,000 sebulan. Melaka adalah negeri paling ramai dikunjungi pelawat domestik di kalangan isi rumah yang berpendapatan RM3,001 hingga RM5,000 sebulan.” ujar Dr. Mohd Uzir.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...