Home AM Lebih 3500 penduduk Kapit bakal terima kemudahan jalan raya dan tiga buah jambatan – Menteri KPLB
AMLUAR BANDAR

Lebih 3500 penduduk Kapit bakal terima kemudahan jalan raya dan tiga buah jambatan – Menteri KPLB

KAPIT 18 September 2020 – Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad telah melawat lokasi bakal tapak membinaan jalan 23.5 Kilometer dan tiga buah jambatan yang meliputi Jalan Rumah Gare,Rumah Layang, Sungai Kain, Balleh, dan Jalan Ng.Gaat Baleh, Kapit, Sarawak di mana jalan tersebut bakal membawa kesan positif kepada lebih 3,500 penduduk setempat termasuklah para pelajar, guru dan kakitangan dua buah sekolah iaitu SMK Balleh dan SK Nanga Kain yang kini bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan air sahaja.

Menurut Dr Abd Latiff pembinaan jalan ini telah dipohon menerusi Rolling Plan Pertama, RMK12 dengan anggaran kos sebanyak RM 200 Juta, kini dalam proses kelulusan oleh Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Sumber Foto : UKK KPLB

“Pada masa yang sama Jalan Ng Gaat/Ng Sebiro/ Rumah Tungku Sg. Gaat, Bahagian Kapit, Sarawak juga bakal diturapkan sepanjang 30 KM dengan tambahan tiga buah jambatan Konkrit lagi.

Pembinaan jalan ini juga telah dipohon menerusi Rolling Plan Pertama, RMK-12 dengan anggaran kos sebanyak RM 180 Juta, kini dalam proses kelulusan oleh Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Sebanyak 2,500 masyarakat setempat, termasuk dua buah sekolah ( SK Lepong Gaat dan SK Nanga Stapang) dan sebuah Klinik Kesihatan Nanga Gaat dapat diakses melalui jalan ini yang kini hanyalah melalui perahu serta bot express sahaja.” kata Dr Abd Latiff.

Tambah beliau, JKR Sarawak akan menjadi agensi pelaksana kedua-dua jalan ini dan jalan tersebut amat penting bagi para penduduk di situ kerana ia menghubungkan jalan hampir 15 kampung dan masyarakat setempat. Pada masa yang jalan ini bakal menjadi jalan darat yang utama.

“Jalan ini bakal menjadi penghubung pentjng masyarakat setempat dan pastinya dapat merangsang pembangunan ekonomi di sepanjang laluan ini,

Penyambungan jajaran Jalan Luar Bandar yang bakal dilaksanakan menjadi pelengkap kepada jalan negeri sedia ada dan yang bakal dibina.” ujar Dr Abd Latiff.

Turut serta dalam lawatan kerja Menteri KPLB tersebut adalah Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Tan Sri Dr James Masing sempena Majlis Pecah Tanah di jajaran jalan negeri di laluan yang sama.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMPendapat

KENAPA MASIH ADA RAMAI MANGSA BANJIR PALOH TAK TERIMA BANTUAN?

Saya mempunyai senarai nama orang Paloh yang masih belum terima wang bantuan...

AMEkonomiHighlightsMY LNA

Anwar adakan sesi dialog dengan pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato’ Seri...

Alam SekitarAMHighlights

Orang ramai diingatkan tidak lakukan pembakaran terbuka

30 Mei 2023 – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim,...

AMMY LNA

Rodzi Md Saad pengarah baharu MAMPU

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia...