AMPolitik @ My LNA

Parti Perikatan Nasional telah berdaftar – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)

289

14 September 2020 – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) melalui satu kenyataan media yang diedarkan semalam menegaskan Parti Perikatan Nasional telah didaftarkan melalui pengeluaran sijil pendaftaran PPM-019-14-07082020 yang dilulus dan ditandatangani oleh Pendaftar Pertubuhan. Kenyataan tersevbut dibuat sebagai merujuk kepada kenyataan Media oleh Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan bertarikh 14 September 2020 mengenai “Perikatan Nasional Tiada Rekod Daftar Parti” di mana ia adalah tidak benar dan tidak berasas

“Parti Perikatan Nasional telah diluluskan dan berkuatkuasa pada 7 Ogos 2020 di bawah kategori politik selaras dengan peruntukan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335]. Sijil Pendaftaran, logo parti dan perlembagaan parti telah ditandatangani dan dikemukakan kepada Parti Perikatan Nasional sebaik sahaja pendaftaran parti diluluskan.

Sehubungan itu, JPPM sekali lagi menegaskan bahawa kenyataan yang menyatakan “Perikatan Nasional Tiada Rekod Daftar Parti” adalah tidak berasas sama sekali” tegas JPPM.

Mengulas lanjut, dakwaan bahawa maklumat kelulusan Parti Perikatan Nasional tidak terdapat dalam sistem JPPM adalah tidak benar kerana sistem di laman sesawang JPPM bagi kelulusan sesebuah pertubuhan adalah dikemaskini secara automatik setiap dua (2) bulan dan kelulusan Parti Perikatan Nasional hanya akan tertera dalam carian umum laman sesawang JPPM pada awal Oktober 2020 memandangkan Parti Perikatan Nasional diluluskan pada Ogos 2020.

“Walau bagaimanapun, sekiranya ada carian khusus dalam sistem pertubuhan eROSES ia akan jelas memaparkan Parti Perikatan Nasional diluluskan pada tarikh 7 Ogos. Maklumat Parti yang terdapat dalam sistem eROSES hanya boleh diakses oleh Setiausaha Parti tersebut sahaja.

JPPM sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berfungsi untuk mengawal semua pertubuhan berdaftar di Malaysia melalui penguatkuasaan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335]. Penguatkuasaan Akta 335 adalah untuk memastikan semua pertubuhan berdaftar bergerak selaras dengan peruntukan perlembagaan pertubuhan.” ujar JPPM.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...