Home AM Keteguhan perpaduan adalah pencapaian paling bermakna – Menteri Perpaduan
AMWanita

Keteguhan perpaduan adalah pencapaian paling bermakna – Menteri Perpaduan

PUTRAJAYA 15 September 2020 – Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique pada hari ini mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat di negara ini sambil menyifatkan bahawa pencapaian yang paling bermakna yang dicapai adalah keteguhan perpaduan di antara rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum.

Sumber Foto : Facebook Rasmi Menteri Perpaduan Negara

“Kesejahteraan yang dinikmati hari ini mekar tumbuh dari kesediaan rakyat Malaysia mengamalkan semangat perpaduan biarpun kita dibesarkan dalam suasana pelbagai agama, bangsa dan budaya, yang telah wujud sekian lama antara kita.

Kekayaan budaya, kepelbagaian bangsa dan warna-warni kehidupan setiap rakyat Malaysia membentuk asas dan mencorakkan kemakmuran tanah air kita yang tercinta ini.” kata Datuk Halimah melalui satu kenyataan media yang diedarkan hari ini.

Nasihat beliau rakyat Malaysia jangan sekali-kali mengambil mudah perpaduan yang dikecapi.Katanya, usaha, kesedaran dan keinginan untuk melestarikan keharmonian antara rakyat harus terus diperkukuhkan.

Pada masa yang sama ketika rakyat semua masih memerangi penularan COVID-19, beliau mengharapkan seluruh rakyat Malaysia akan terus peka dan mematuhi SOP norma hidup baharu, di samping memelihara nilai-nilai murni dan kesopanan.

“Meski pun Hari Malaysia pada tahun ini diraikan secara sederhana, namun saya yakin bahawa rasa kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia tetap terserlah dengan mengamalkan nilai-nilai yang menyatupadukan.

Marilah kita sama-sama menyambut Hari Malaysia kali ini dengan penuh bersemangat semoga ini mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita. Kesediaan ini tentunya akan terus mengekalkan sejahtera di bawah payung kedaulatan negara.” kata Datuk Halimah.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

PM hadiri Kenduri MENU RAHMAH

KUALA LUMPUR 20 Mac 2023 – Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri...

AMHighlightsMY LNASains, Teknologi & Komunikasi

MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R

CYBERJAYA 19 Mac 2023 – Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),...

AMHighlightsMY LNAPertanianSekuriti Makanan

Mohamad Sabu ke Indonesia, teroka teknologi baru industri padi

PUTRAJAYA 17 Mac 2023 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, B Datuk...

AMHighlightsMY LNAPertahanan

Majlis Serah Tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia

PUTRAJAYA, 17 Mac 2023- Timbalan Ketua Pengarah Logistik, Agensi Pengkuatkuasaan Maritim Malaysia,...