AMLuar Bandar @ My LNA

KPLB peruntukkan RM142.5 juta untuk bekalan air di Kuala Penyu

197

BEAUFORT 21 September 2020 – Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad mengumumkan sejumlah RM11.5 juta telah diperuntukkan pada tahun ini bagi penyambungan bekalan air terawat di Kuala Penyu.

Menurut beliau ketika merasmikan Program Keluarga Sejahtera di Kampung Tenambak, projek yang melibatkan 23 buah kampung ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 300 buah rumah dan seramai lebih 1,500 penduduk di Kuala Penyu.

“Bagi RMKe-11 Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) ini sedang melaksanakan dua buah Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Daerah Kuala Penyu dengan kos keseluruhan RM131 juta.

Projek BALB Pekan Menumbok, Kuala Penyu Sabah dengan nilai RM55 juta yang kini dalam pembinaan dan dijangka selesai menjelang suku pertama tahun 2021.

Manakala satu lagi adalah Projek BALB Kuala Penyu, Sabah dengan nilai RM76 juta yang kini berada dalam peringkat rekabentuk dan dijangka akan memulakan pembinaan menjelang suku kedua tahun 2022″ kata Ahli Parlimen Mersing tersebut melalui satu kenyataan media yang diedarkan hari ini.

Tambah beliau, projek-projek tersebut dijangka akan memastikan Daerah Kuala Penyu mendapat bekalan air bersih dan terawat secara berterusan dengan kuantiti dan tekanan air yang mencukupi.

“KPLB akan terus memastikan infrastruktur asas di kawasan luar bandar terutamanya di negeri Sabah, termasuk bekalan air menjadi keutamaan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Selain itu, KPLB juga akan membaik pulih balai raya di Kampung Tenambak dengan anggaran kos RM200 ribu untuk pelaksanaan awal tahun 2021.” ujarnya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...