AM

Menteri KKR turun padang, tinjau dua projek di Papar, Sabah.

127

PAPAR 10 September 2020 – Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia, YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof telah turun padang meninjau kemajuan kerja dua tapak projek di Papar, Sabah iaitu Projek Menaiktaraf Jalan daripada Donggongon ke Simpang Jalan Papar Spur (Pakej 2 dan 3) dan Projek Akademi Binaan Malaysia (ABM) Sabah.

Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, projek pertama iaitu Projek Menaiktaraf Jalan daripada Donggongon ke Simpang Jalan Papar Spur (Pakej 2 dan 3), Sabah merupakan projek menaik taraf jalan daripada satu lorong satu hala kepada jalan dua lorong dua hala sepanjang 16 kilometer.

Foto ihsan Kementerian Kerja Raya

“Skop lain bagi projek ini ialah kerja pembinaan jambatan, kerja pemulihan sungai, dan kerja perparitan dan saliran. Kos binaan bagi projek ini adalah sebanyak RM313 juta. Projek ini dijangka siap pada penghujung bulan Januari 2022 dengan status kemajuan fizikal terkini adalah 91.65%.” jelas Kementerian.

Sementara itu, projek kedua iaitu Projek Akademi Binaan Malaysia (ABM) Sabah di Papar merupakan projek milik Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan kos sebanyak RM80 juta.

Foto ihsan Kementerian Kerja Raya

Mengulas lanjut Kementerian berkata bahawa pembinaan akademi ini bertujuan memenuhi salah satu fungsi CIDB sebagai pusat yang menyediakan dan memberikan peluang-peluang latihan kemahiran dalam bidang pembinaan untuk belia-belia dan personel binaan di Negeri Sabah. Kerja-kerja tanah untuk tapak akademi yang bertempat di Kampung Beringgis, Papar ini telah siap pada 28 Februari 2019.

Foto ihsan Kementerian Kerja Raya

“Pada masa kini, terdapat satu ABM yang beroperasi di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP). ABM KKIP telah ditubuhkan pada 5 Mac 2001 dan sehingga tahun 2020, seramai 18,522 orang belia dan 87,152 orang personnel binaan telah dilatih dan dinilai kemahiran mereka dalam bidang kompentasi pembinaan.

Dengan adanya kampus baharu ABM Sabah di Papar adalah dijangka ABM Sabah mempunyai kapasiti untuk melatih dan menilai kemahiran 10,000 orang belia dan personel binaan setahun. Pemindahan lokasi ABM Wilayah Sabah daripada KKIP ke Kampung Beringgis, Papar ini bakal menyediakan peluang latihan dengan pilihan tred yang lebih banyak dengan memfokuskan kepada teknologi pembinaan terkini seperti Building Information Modeling (BIM) dan Industrialised Building System (IBS).” kata Kementerian.

Tambah Kementerian lagi, pembinaan ABM Papar yang berkonsepkan kampus hijau juga enyediakan ruang latihan yang lebih kondusif dan selesa dengan infrastruktur yang lebih moden.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...