AM

CSM dan MCMC rangkul anugerah antarabangsa

97

PUTRAJAYA, 10 SEPTEMBER 2020 – CyberSecurity Malaysia (CSM), agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah dinobatkan sebagai pemenang atau Project Winner menerusi projek bertajuk Global Accredited Cybersecurity Education (ACE) Scheme: Centre of Excellence for Capacity Building and Lifelong Learning bagi Kategori 5 – ‘Building Confidence and Security in Use of ICTs’ manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut diumumkan sebagai Project Champion menerusi projek Klik Dengan Bijak bagi Kategori 17 – ‘Ethical Dimensions of the Information Society’. Kategori yang dimenangi oleh MCMC ini merupakan salah satu kategori daripada 18 kategori yang dipertandingkan di Forum World Summit on the Information Society Prizes (WSIS Prizes) 2020 yang berlangsung di Geneva, Switzerland.

YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia menyerahkan sijil kemenangan World Summit on Information Society Prizes (WSIS Prizes) 2020 kepada YBhg. Dato’ Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia disaksikan oleh YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia. Foto ihsan UKK KKMM

Menurut KKMM melalui satu siaran media yang diedarkan hari ini, secara keseluruhannya, sebanyak lima (5) projek ICT tempatan (termasuk projek Global ACE Scheme dan Klik Dengan Bijak) telah mendapat pengiktirafan di WSIS Prizes 2020 apabila dipilih sebagai Project Champion dalam kategori yang berasingan.

“Project Winner iaitu The Global ACE Scheme merupakan skim pembangunan profesionalisme dalam bidang keselamatan siber yang dibangunkan oleh CSM dengan kerjasama agensi Kerajaan, industri, institusi akademik dan disokong oleh Pertubuhan Kerjasama Islam – Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer (OIC-CERT). Skim yang dibangunkan sejajar dengan piawaian antarabangsa ISO/IEC17024, ISO/IEC27001 dan ISO/IEC9000 telah mewujudkan platform penyatuan tunggal atau single converging platform pembangunan keupayaan dan pembelajaran sepanjang hayat yang membolehkan individu perseorangan meningkatkan kemahiran dan kefahaman dalam bidang keselamatan siber.

Penganjuran WSIS Forum 2020 kali ke-8 ini berlangsung pada 7 hingga 10 September 2020 dan merupakan platform global bagi membincangkan peranan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) sebagai salah satu kaedah pelaksanaan Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDGs) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Forum ini adalah anjuran bersama International Telecommunication Union (ITU), United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO), United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD) dan United Nations Development Programme (UNDP). Dengan tema “Fostering Digital Transformation and Global Partnerships: WSIS Action Lines for Achieving SDGs”, objektif utama forum ini adalah untuk membincangkan isu-isu berkaitan ICT melalui pendekatan yang lebih berstruktur dan inklusif di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.” kata KKMM.

Mengulas lanjut KKMM berkata bahwa WSIS Prizes Winner adalah antara program yang turut dijalankan bagi memberi penghargaan kepada pihak berkepentingan atas usaha dalam membangunkan projek ICT untuk mencapai SDGs di mana sebanyak 18 kategori projek telah dipertandingkan.

“WSIS Prizes 2020 telah menerima penyertaan sebanyak lebih 800 projek dari seluruh dunia. Daripada jumlah ini, sebanyak 354 projek telah disenarai pendekkan dan hanya 18 Project Winners dan 72 Project Champions dipilih oleh komuniti pelbagai pihak WSIS. Malaysia telah menghantar 12 penyertaan dalam lapan (8) kategori dan sebanyak lima (5) projek ICT telah dipilih sebagai Project Champion menerusi undian awam yang dijalankan di seluruh dunia secara dalam talian.” kata KKMM.

Projek-projek tersebut adalah seperti yang berikut:

TajukGovernment Integrated Telecommunications Network
KategoriCategory 2 Action Line C2. Information and Communication
Infrastructure
ChampionUnit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan
Malaysia (MAMPU)
TajukGlobal Accredited Cybersecurity Education Scheme: Centre of Excellence for Capacity Building and Lifelong Learning
KategoriCategory 5 Action Line C5. Building Confidence and Security
In Use of ICTs
ChampionCyberSecurity Malaysia (CSM)
TajukDigital Document Management System 2.0 (DDMS)
KategoriCategory 6 Action Line C6. Enabling Environment
ChampionUnit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan
Malaysia (MAMPU)
TajukBreast Cancer Classification CAD through Multilayer Neural
Network
KategoriCategory 14 Action Line C7. ICT Applications: Benefits in All
Aspects of Life – E-science
ChampionMultimedia University (MMU)
TajukKlik Dengan Bijak
KategoriCategory 17 Action Line C10. Ethical Dimensions of the
Information Society
ChampionSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Pengumuman pemenang telah disiarkan secara langsung pada 7 September 2020 menerusi platform webinar dan Facebook WSIS Forum 2020.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...