AMCOVID-19 @ My LNAEkonomi @ My LNANiaga @ My LNA

SME Bank bantu usahawan PKS, tanggung bayaran sewa berjumlah RM3.45 juta

120

11 September 2020 – SME Bank mengambil langkah untuk menanggung bayaran sewa bagi membantu meringankan beban 230 penyewa Kompleks Premis Usahawan SME Bank yang terkesan dengan pandemik COVID-19 bagi tempoh moratorium April hingga September 2020. Di samping itu mereka juga akan diberi pengurangan bayaran sewa sebanyak 50% bagi tempoh 6 bulan berikutnya, dari Oktober 2020 hingga Mac 2021.

“Inisiatif pengecualian bayaran sewa bagi tempoh April hingga September 2020 ini akan memberikan penjimatan kos operasi sebanyak RM2.3 juta. Manakala, bagi diskaun 50% untuk bayaran sewa bagi tempoh enam bulan seterusnya pula akan memberikan penjimatan lebih RM1.15 juta kepada penyewa.

Langkah-langkah SME Bank ini adalah seiring dengan pengumuman 29 inisiatif jangka pendek dan sederhana yang diambil oleh MEDAC dalam membantu lebih 20,000 orang usahawan PKS kembali meningkatkan semula prestasi perniagaan mereka yang terjejas akibat COVID-19″ kata YB Dato Sri Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi melalui kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Sementara itu, Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank Aria Putera Ismail berkata bahawa bagi memudahkan proses, inisiatif tersebut akan dijalankan secara automatik dan penyewa tidak perlu membuat sebarang permohonan.

“Untuk penyewa yang terus membayar semasa tempoh moratorium ini, bayaran mereka akan dibawa ke hadapan. Kompleks Premis Usahawan SME Bank merupakan salah satu kemudahan menjangkaui pembiayaan yang disediakan oleh pihak Bank khusus untuk usahawan PKS tempatan. Kompleks yang terletak di 26 lokasi strategik seluruh negara ini menawarkan 454 buah lot kilang. Lot-lot kilang ini disewakan pada kadar yang berpatutan dan kompetitif.

SME Bank sangat proaktif dalam memastikan bantuan dapat disalurkan dengan cepat dan efisien kepada usahawan PKS yang terkesan akibat pandemik COVID-19. SME Bank telah memperkenalkan Program Kemudahan PKS (SME Relief Program (SRP)) bagi mengurangkan beban kewangan usahawan PKS yang bersasar, memperuntukkan dana bernilai RM2.1 bilion bagi Skim SME Go dan Dana Transformasi Teknologi PKS (STTF) di bawah PENJANA serta menyediakan pelbagai dana lain yang diumumkan Kerajaan melalui PRIHATIN seperti Kemudahan Bantuan Khas (SRF), Agromakanan, Kemudahan Automasi dan Digital (ADF) dan Kemudahan Semua Sektor Ekonomi (AES).” ujar beliau.

Penyewa Kompleks Premis Usahawan SME Bank yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kemudahan ini boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-2603 7700 atau pegawai kami di cawangan mereka untuk keterangan lanjut.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...