AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

JENDELA dan PPS bakal beri manfaat kepada penduduk Pitas – Saifuddin Abdullah

91

9 September 2020 – Projek-projek di bawah Pelan Jalinan Digital Negara atau JENDELA dan juga program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) akan memberi pelbagai manfaat kepada para penduduk di daerah Pitas. Ini termasuklah meningkatkan taraf sosioekonomi hidup mereka bahkan juga melaksanakan pelbagai urusan seharian dengan mudah dan lancar.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Dato’ Saifuddin Abdullah melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, di bawah program JENDELA dan PPS, 17 menara diperuntukkan untuk Pitas, iaitu tujuh (7) daripadanya telah siap, dua (2) sedang dibina dan lapan (8) menara baharu sedang dirancang.

“Salah satu menara yang sedang dibina terletak berhampiran Kampung Sapatalang dan bakal memberi capaian 4G kepada penduduk di situ. Projek ini dijangka siap menjelang suku kedua 2021.

Sebanyak enam (6) pemancar di Pitas telah selesai dinaik taraf kepada 4G, manakala 18 lagi dalam perancangan untuk dinaik taraf kepada 4G. Selain itu, Telekom Malaysia Berhad (TM) yang menguruskan Pusat Internet di Kampung Pinggan-Pinggan, yang terletak 11 kilometer dari Kampung Sapatalang, telah meningkatkan kelajuan jalur lebar di situ melalui sambungan gentian optik sehingga mencapai 300Mbps. Pusat Internet memberikan kemudahan akses yang stabil dan berfungsi memberi bimbingan kepada masyarakat untuk terlibat dalam aktiviti sosioekonomi digital.” kata Saifuddin.

Tambah Ahli Parlimen Indera Mahkota tersebut, Sabah merupakan antara penerima faedah terbesar di bawah JENDELA yang memberi keutamaan kepada projek membangunkan infrastruktur komunikasi di negeri berkenaan dari 2020 sehingga 2022.

“Antara projek yang dilaksanakan termasuklah penambahan sebanyak 382 menara komunikasi baharu yang sedang dirancang dan penaiktarafan 924 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada.

Selain itu, 35 menara baharu dan 1,048 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf secara komersial oleh penyedia perkhidmatan bagi meningkatkan liputan 4G. Sebanyak 251,166 premis akan turut disediakan dengan capaian kepada gentian optik.” jelas beliau.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...