Home AM Indeks nilai seunit eksport menyusut kecil 0.05 peratus manakala indeks nilai seunit import naik 0.8 peratus pada Julai 2020
AMniaga

Indeks nilai seunit eksport menyusut kecil 0.05 peratus manakala indeks nilai seunit import naik 0.8 peratus pada Julai 2020

PUTRAJAYA, 4 September 2020 – Laporan INDEKS PERDAGANGAN LUAR NEGERI (2010=100), JULAI 2020 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia memaparkan bahawa Indeks nilai seunit eksport menyusut kecil 0.05 peratus manakala indeks nilai seunit import naik 0.8 peratus pada Julai 2020.

“Berasaskan bulan ke bulan, pada Julai 2020, indeks nilai seunit eksport menyusut kecil 0.05% kepada 109.8 mata yang disebabkan oleh kejatuhan indeks minyak galian (-4.7%). Sebaliknya, indeks volum eksport bertumbuh 11.8% kepada 158.4 mata yang disebabkan oleh kenaikan indeks minyak galian (+33.9%), alat jentera & kelengkapan pengangkutan (+17.5%) dan pelbagai barang keluaran kilang (+6.1%). Bagi data pelarasan musim, indeks volum eksport mencatatkan peningkatan 1.7% kepada 153.7 mata.

Berbanding tahun sebelumnya, indeks nilai seunit eksport jatuh 4.8% manakala indeks volum eksport naik 8.3%.” ulas Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin.

Tambah beliau, pada Julai 2020, indeks nilai seunit import merekodkan pengembangan 0.8% kepada 113.2 mata berbanding bulan sebelum, yang disebabkan oleh kenaikan indeks minyak galian (+8.8%), minyak & lemak binatang & sayur-sayuran (+5.6%) dan bahan mentah tidak boleh dimakan (+0.9%).

“Sementara itu, indeks volum import meningkat 7.9% kepada 135.3 mata. Peningkatan ini disebabkan oleh kenaikan indeks minyak galian (+15.6%), barang-barang keluaran kilang (+15.2%) dan alat jentera & kelengkapan pengangkutan (+8.7%). Bagi data pelarasan musim, indeks volum import pada Julai 2020 menurun 0.7% kepada 130.8 mata.

Berbanding tahun sebelumnya, kedua-dua indeks nilai seunit dan indeks volum import masing-masing mencatatkan penurunan 3.7% dan 5.1%.” katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Perangkaan Malaysia turut melaporkan bahawa terma perdagangan Malaysia jatuh 0.9% kepada 96.9 mata berbanding Jun 2020. Berasaskan tahun ke tahun, terma perdagangan Malaysia turut mencatatkan penyusutan sebanyak 1.2% daripada 98.1 mata.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPendidikan

CEO@Faculty bukti kolaborasi industri-akademia yang berhasil

Oleh: Dr Syed Bahari Ramadzan Syed Adnan Bidang industri dan akademik merupakan...

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNA

Tindakan RISDA bagi membantu pekebun kecil getah hadapi cuaca panas

Sorotan Video Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji...

Alam SekitarAMESGMY LNA

Empat Fokus Utama Malaysia menjadi tarikan utama Negara Anggota Un-Habitat ke arah mencapai Agenda Mampan 2030

NAIROBI, KENYA, 8 Jun 2023 – Penyertaan Malaysia ke Persidangan United Nations...