AMEkonomi @ My LNANiaga @ My LNA

Tabung Baitulmal Sarawak terima zakat perniagaan dari Bank Rakyat

114

KUCHING 30 OGOS 2020 – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) YB Dato Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyempurnakan penyerahan zakat perniagaan dari Bank Rakyat dan anak syarikatnya, Rakyat Management Services Sdn Bhd sebanyak RM1.53 juta dan RM100,000 kepada Tabung Baitulmal Sarawak, dan ia disampaikan kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, dalam satu majlis ringkas di kediaman rasminya di Demak Jaya, Kuching Sarawak hari ini.

Sumber foto Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC)

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat Dato’ Rosman Mohamed menerusi satu kenyataan media hari ini, setiap tahun Bank Rakyat melunaskan kewajipan tuntutan salah satu rukun Islam tersebut serta kewajipan sosial korporatnya dengan memperuntukkan zakat dan hibah menjangkau RM30 juta untuk disalurkan kepada Majlis Agama Islam Negeri di seluruh negara.

“Sejak tahun 2010, Bank Rakyat telah mengagihkan keseluruhan zakat sebanyak RM39.1 juta kepada negeri Sarawak. Agihan zakat ini selaras dengan pelan lima tahun Bank Rakyat 2025 (BR25) yang memfokuskan Wawasan Kemakmuran Bersama dengan berkhidmat kepada komuniti dan masyarakat yang ditunjangi dengan nilai keislaman dan prinsip kelestarian.

Bank Rakyat sentiasa berusaha untuk memenuhi tuntutan mandat penubuhan Bank dalam menyediakan peluang kepada masyarakat termasuk golongan asnaf dalam membentuk kehidupan masyarakat yang makmur dan berkembang melalui penyediaan kemudahan alat kewangan sosial Islam (Islamic social tools) seperti wakaf, zakat dan hibah bagi memenuhi keperluan asas golongan yang memerlukan ini, termasuklah makanan dan tempat tinggal.” ujar Dato’ Rosman.

Sumber foto Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC)

Dalam pada itu, Dr. Wan Junaidi beliau berharap agar penyerahan zakat ini dapat membantu golongan asnaf dan fakir miskin mengekalkan kelangsungan bekalan makanan mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang dilaksanakan susulan penularan wabak COVID-19.

“Saya menyeru agar institusi dan komuniti Islam terus melunaskan pembayaran zakat bagi membantu golongan yang terjejas terutamanya asnaf fakir dan miskin yang amat bergantung kepada bantuan semasa tempoh yang sukar.

Semoga dengan kesempurnaan salah satu rukun Islam ini juga, perniagaan yang diusahakan Bank Rakyat bersama anak syarikatnya bertambah maju dan berkembang bagi membangunkan sistem perbankan Islam yang komprehensif yang bakal menyumbang kepada proses pertumbuhan dan pembangunan komuniti, negara dan global” ujar beliau.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Suci Aidilfiri bukan untuk dicemari

Oleh: Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin Hari Raya Aidilfitri merupakan hari yang...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

SCIB dan Awana Tandatangani Perjanjian Baru, Menjamin Kontrak Eksklusif untuk Projek PPAM Mualim

KUCHING, SARAWAK, 15 APRIL 2024 – Pakar sistem bangunan perindustrian, Sarawak Consolidated...

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Raikan Syawal sebagai ibu bapa prihatin, demi senyuman mereka

Oleh: Prof Madya Dr Lily Azura Shoaib, Dr Noorhidayah Zainal Aalam Sambutan...