Home AM DAP dan PH jangan double standard – KJ
AMPolitik

DAP dan PH jangan double standard – KJ

7 Ogos 2020 – Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin membidas kenyataan para pemimpin parti DAP dan Pakatan Harapan yang mendakwa proses undang-undang yang dihadapi oleh Lim Guan Eng ketika ini adalah suatu bentuk pendakwaan bersifat politik dan tindakan political persecution.

Khairy yang juga merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengeluarkan kenyataan tersebut di blognya semalam.

“Hari ini (semalam), Setiausaha Agung DAP dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan berkaitan rasuah dalam projek terowong ketika menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Saya difahamkan akan ada beberapa pertuduhan lain yang akan dihadapkan kepada beliau.

Namun dalam tempoh kurang 24 jam yang lalu, telah banyak penghinaan serta herdikan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP dan Pakatan Harapan yang menyatakan proses undang-undang yang dihadapi oleh Lim Guan Eng ketika ini adalah suatu bentuk pendakwaan bersifat politik dan tindakan political persecution.” ujar Khairy.

Tambah beliau, dalam saluran media rasmi DAP sendiri telah menyatakan kononnya “tiada sebarang bukti kesalahan dapat dikemukakan” oleh pihak pendakwaan.

“Ini sangat pelik sebab perbicaraan belum lagi bermula, baru di peringkat bacaan dakwaan.

Tindakan DAP dan PH ini menunjukkan sekali lagi bagaimana sikap double standard mereka terhadap perjalanan undang-undang negara. Apabila kena batang tubuh mereka, habis dihina sistem kehakiman negara. Sedangkan hanya pada minggu lalu, mereka sanjung mahkamah apabila keputusan kes melibatkan pemimpin UMNO sesuai dengan kehendak mereka.” bidas Khairy.

Kata Khairy lagi, dalam tempoh dua tahun yang lalu, ramai pemimpin UMNO dihadapkan ke mahkamah dan ahli-ahli UMNO menghormati proses yang telah dibuat.

“Kalau yakin tidak bersalah, kemukakan hujah dan bukti di mahkamah. Tidak perlu bermain dengan kad simpati dengan menghina proses undang-undang kononnya tidak bebas dan bermotifkan politik.” ujar Khairy.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPerumahanSDGS

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor...

MY LNAPolitik

Tuduhan Anwar – Dr M

1. Dalam usaha untuk menghalang perhimpunan Melayu yang menjemput saya hadir, Anwar...

AMDSISHighlightsKebajikanMY LNA

Ismail Sabri santuni anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

27 Mac 2023 – Mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob...

AMBizEkonomiMY LNAPengguna

Bengkel Motosikal Tawar Tayar Harga Rahmah RM5

KAJANG, 26 Mac 2023 – Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, sebuah...