Home Politik Ahli MPT Bersatu umum keluar parti
Politik

Ahli MPT Bersatu umum keluar parti

8 Ogos 2020 – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tariq Ismail hari ini mengumumkan penarikan diri beliau sebagai ahli parti tersebut.

Menurut Tariq melalui kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, perjuangan parti yang asalnya berlandaskan prinsip-prinsip dipegang bersama iaitu menentang korupsi dan salah guna kuasa bagi membentuk bangsa dan negara yang bermaruah dan berintegriti telah berpatah arah.

“Bagi saya secara peribadi, arah tuju ini harus mengharungi jalan yang berliku dan berduri, seiring dengan perjuangan yang bermaruah.

 “The ends do not justify the means” terutama dalam aspirasi pembangunan bangsa dan negara. Mana letaknya akhlak dan kebolehpercayaan seseorang pemimpin sekiranya jalan pintas digunapakai bertentangan matlamat perjuangan?” ujar beliau.

Justeru, di atas dasar tersebut dan sejajar dengan keperibadiannya, beliau meletakkan jawatan sebagai ahli PPBM berkuatkuasa serta merta.

Semalam mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga merupakan bekas Pengerusi PPBM mengumumkan penubuhan parti politik baharu yang mewakili orang Melayu dan parti tersebut tidak akan terikat dengan mana-mana parti campuran.

Kata negarawan itu lagi, parti baru itu akan bersifat inklusif dan moderat dan akan memperlihatkan kepada bangsa-bangsa lain bahawa orang Melayu adalah bangsa yang tidak khianat, berpegang pada janji dan tidak menolak kerjasama yang ikhlas dan berprinsip.

Beliau turut memberi jaminan bahawa pihaknya akan pastikan rakyat Malaysia dari kaum-kaum yang lain juga akan mendapat pembelaan dan layanan yang sewajarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

MY LNAPolitik

Tuduhan Anwar – Dr M

1. Dalam usaha untuk menghalang perhimpunan Melayu yang menjemput saya hadir, Anwar...

MY LNAPolitik

Abdul Rahman pertahankan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO

KUALA LUMPUR 21 Februari 2023 – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Dato’...

Politik

Nik Suryani bakal bertanding Exco Wanita UMNO

14 Februari 2023 – Bekas wartawan TV3, Nik Suryani Megat Deraman mengumumkan...

AMMY LNAParlimenPolitik

Ismail Sabri terharu dengan titah YDPA

KUALA LUMPUR, 13 Februari 2023 – Bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail...