AMPolitik @ My LNA

Tun M akan tubuhkan parti Melayu baru, pastikan kaum-kaum lain dapat pembelaan yang sewajarnya

139

7 Ogos 2020 – Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada hari ini mengumumkan penubuhan parti politik baharu yang mewakili orang Melayu dan parti tersebut tidak akan terikat dengan mana-mana parti campuran.

Menurut Tun melalui siaran media yang diedarkan hari ini, pihaknya sedar sekarang terdapat banyak parti politik terutamanya di kalangan orang Melayu dan bukanlah niat mereka untuk menambah kepada bilangan yang sudah ada.

“Kami menghadapi masalah yang luar biasa. Parti politik yang kami tubuh iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan tujuan menjatuhkan Kerajaan Kleptokrasi Najib Tun Razak telah dihijack oleh Presiden Bersatu (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

Sekarang perjuangan parti yang dihijack sudah dialih dari menentang dan menghapuskan Kerajaan kleptokrasi kepada bekerjasama dan menghidupkan semula Kerajaan kleptokrasi.

Bahagian yang tidak dapat dihijack masih pegang kepada perjuangan asal. Bahagian ini tidak akan dicalun oleh Bahagian PPBM yang dihijack dalam PRU-15″ terang Ahli Parlimen Langkawi tersebut.

Tambah bekas Pengerusi PPBM itu lagi, untuk meneruskan perjuangan asal mereka terpaksa bebaskan diri masing-masing atau menjadi ahli parti yang baru. Beliau juga berharap agar ahli biasa (grassroots) parti PPBM yang memilih untuk menyokong mereka akan menjadi ahli dalam parti baru yang akan ditubuhkan nanti.

“Perjuangan kami berasaskan semangat, bukan duit. Parti ini akan berasas kepada perjuangan untuk orang Melayu dan Pribumi. Ini kerana parti-parti berasas kepada Melayu dan Pribumi yang wujud hari ini telah menggadai maruah bangsa, agama dan halatuju perjuangan kepada golongan yang gilakan kuasa.

Di dalam kegilaan mahu kekal berkuasa, perjuangan mereka adalah untuk menjaga kepentingan elit demi memastikan sokongan tidak hilang dan dapat kekal berkuasa” tegas Tun Dr Mahathir.

Kata negarawan itu lagi, parti baru itu akan bersifat inklusif dan moderat dan akan memperlihatkan kepada bangsa-bangsa lain bahawa orang Melayu adalah bangsa yang tidak khianat, berpegang pada janji dan tidak menolak kerjasama yang ikhlas dan berprinsip.

Justeru, beliau memberi jaminan bahawa pihaknya akan pastikan rakyat Malaysia dari kaum-kaum yang lain juga akan mendapat pembelaan dan layanan yang sewajarnya.

Mengulas lanjut berkenaan matlamat penubuhan parti baru tersebut, Tun Dr Mahathir menegaskan bahawa asas perjuangan mereka masih sama iaitu menghapuskan rasuah dan kleptokrasi. Beliau menegaskan bahawa semua ahli hendaklah berpegang kepada perjuangan tersebut dan tidak ada jaminan bagi jawatan tertentu dalam parti atau dalam Kerajaan. Satu Jawatankuasa Disiplin akan ditubuh untuk memastikan undang-undang dan peraturan dikuatkuasakan.

“Kami juga mahu kembalikan kehormatan negara sebagai Harimau Asia. Parti baru ini tidak bersama Pakatan Harapan dan tidak juga dengan Perikatan Nasional ” ujar Tun Dr Mahathir.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...

BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...