Home MY LNA AM Azmin adakan lawatan kerja ke Sabah
AMniaga

Azmin adakan lawatan kerja ke Sabah

7 Ogos 2020 – Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan lawatan kerja semalam dua hari ke negeri Sabah mulai semalam.

Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui siaran media yang diedarkan semalam, lawatan kerja tersebut adalah susulan lawatan kerja beliau ke Johor dan Melaka pada bulan lepas.

“Lawatan kerja ini adalah program berterusan YB Dato’ Seri Azmin dan MITI untuk meninjau dengan lebih menyeluruh impak penularan wabak COVID-19 kepada industri ekonomi di negeri-negeri.

Di Kota Kinabalu, YB Dato’ Seri Azmin dijadualkan melawat beberapa industri yang amat terkesan akibat pandemik COVID-19 ini.” jelas MITI.

Tambah Kementerian, lawatan tersebut juga akan memberikan peluang kepada YB Dato’ Seri Azmin bertemu dengan persatuan-persatuan industri and usahawan-usahawan tempatan, khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam satu sesi dialog.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Gaya Rasulullah SAW mengurus kesejahteraan emosi

Oleh: Dr. Aizan Ali@Mat Zin Rasulullah SAW adalah idola umat Islam dalam...

AMMY LNAUTAMA

Intipati Kenyataan Negara di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-78.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah berkongsikan intipati Kenyataan Negara yang...

AMMY LNAPengguna @ My LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

KPDN jamin bantu KPM lakukan pemeriksaan di bawah OPS JAMIN di seluruh negara – Armizan

RAUB, 23 September 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...