AMNiaga @ My LNA

Projek Drone atau Super Drone bukan keutamaan MEDAC – Wan Junaidi

77

PUTRAJAYA 7 Ogos 2020 – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menjelaskan bahawa Kementerian Pembangunan Usahawanan dan Koperasi (MEDAC) tidak memberi keutamaan kepada projek Drone atau Super Drone tetapi sebaliknya perhatian khusus diberikan kepada kepada pembangunan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), mikro dan koperasi yang terjejas akibat pandemik Covid-19, di samping berusaha untuk mencapai hasrat dan matlamat yang digariskan dalam Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa istilah “kereta terbang” seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Lumut ketika sesi menjawab soalan berbangkit bagi MEDAC di Dewan Rakyat Rabu lalu, sebenarnya merujuk   ‘superdrone’  mengikut   konteks   sebenar   dalam   industri   ‘Air   Mobility’.

“Justeru  saya  terpanggil  untuk  sekali  lagi   memberi   penjelasan   berikutan ada  beberapa  pihak  yang   masih   tidak   begitu   jelas   dengan   jawapan   yang    saya    berikan    itu    agar    tidak    timbul    sebarang   salah    faham.

Sebenarnya industri “drone dan super drone” dalam kontek “Air mobility” ini mempunyai potensi yang tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa di samping untuk “urban mobility” industri ini boleh diaplikasikan ke pelbagai sektor yang lain.

Air    Mobility’   ini    juga    turut    dilengkapi    dengan    teknologi   terkini   seperti Artificial Intelligence (AI), Big Data,  Mobility  dan  Internet  of  Things  (IOT)  yang  kini  sedang  berkembang  pesat  terutamanya  di peringkat  antarabangsa” jelas Ahli Parlimen Santubong itu melalui satu kenyaan media yang dikeluarkan hari ini.

Dr. Wan Junaidi turut menjelaskan bahawa industri tersebut pada masa ini masih diterajui dan dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta dan tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada kerajaan.

“MEDAC hanya berperanan sebagai pemudah cara kepada pembangunan usahawan PKS tempatan dalam industri ini yang memfokuskan kepada perkhidmatan drone atau superdrone.

Industri ‘Air Mobility’ ini serta lain-lain industri berteknologi tinggi merupakan industri yang berpotensi dan berupaya membuka peluang kepada satu bidang keusahawanan yang  baru  dan  boleh  dikomersialkan terutamanya  di  peringkat  antarabangsa.” katanya.

Berhubung dengan pertanyaan daripada Ahli Parlimen Pasir Mas yang merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad yang juga Pengerusi PAC pada 28 November tahun lalu bahawa projek kereta terbang sebelum ini menerima suntikan dana kerajaan sebanyak RM20 juta, Dr. Wan Junaidi berkata bahawa ada permohonan untuk RM20 juta, tetapi, bukan untuk apa yang di katakan sebagai “projek kereta terbang” tetapi, untuk penyelidikan keatas “national car prototype”.

“Permohonan peruntukan RM20  juta  asalnya  dibincang  pada  majlis  pembangunan negara ketika itu untuk prototaip projek kereta nasional baharu (NNCP). majlis seterusnya meluluskan peruntukan  sebanyak  RM8  juta  sahaja  bagi   prototaip   NNCP   yang   disalurkan   kepada  DreamEdge   melalui   MIGHT (The Malaysian Industry-Government Group for High Technology).

MIGHT ketika itu adalah terletak di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri. Peruntukan RM8 juta yang diluluskan oleh Majlis Pembangunan Negara disalurkan kepada Syarikat DreamEdge menggunakan peruntukan geran R&D InnoFund dari MOSTI bagi membangunkan projek kereta nasional.

Namun begitu saya yakin bahawa kemententerian yang terbabit dalam menyalurkan dana berkenaan akan memantau kemajuan projek dan status suntikan fiskal itu.” ujar Dr. Wan Junaidi.

Baru-baru ini beberapa agansi media melapurkan seolah-olah Industri ‘Air Mobility’ tersebut merupakan keutamaan MEDAC berdasarkan kepada soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Lumut ketika sesi menjawab soalan di Dewan Rakyat pada Rabu. Lapuran tersebut dijadikan sebagai bahan kritikan oleh sesetengah pihak terutamanya dari pihak pembangkang.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...