AMPendidikan @ My LNAWanita @ My LNA

Kerajaan perkenal Bantuan Khas kepada Pengusaha TASKA Institusi dan Tempat Kerja sebanyak RM5000 – Rina Harun

119

PUTRAJAYA 5 Ogos 2020 – Melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Khas kepada Pengusaha TASKA Institusi dan Tempat Kerja sebanyak RM5000.00 di mana proses pembayaran kepada pengusaha TASKA yang diluluskan dijangka dilaksanakan bermula awal bulan Ogos 2020.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun, sehingga 31 Julai 2020 sejumlah 1,785 permohonan telah disemak dan didapati lengkap melibatkan nilai peruntukan RM 8,291,500.

Sumber foto Facebook Rasmi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

“Bantuan Khas RM 1500.00 juga telah diluluskan oleh Kerajaan di bawah PENJANA bagi membantu pengusaha TASKA di rumah untuk membuat disinfeksi / nyahkuman, peralatan penyukat suhu badan, bahan sanitasi, pelitup muka dan kos pengurusan TASKA yang lain. Setakat 28 Julai 2020, sebanyak 923 pengusaha TASKA di rumah telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan had pelepasan cukai pendapatan individu untuk yuran yang dibayar kepada Pusat Asuhan dan Taman Didikan awal kanak-kanak daripada RM 2000 kepada RM 3000 bagi tahun taksiran 2020 dan 2021″ kata Rina ketika berucap di majlis Penutupan Kursus Asas Asuhan Permata (KAP) anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang berlangsung di sini hari ini.

Di majlis yang sama, Rina turut memaklumkan bahawa KPWKM bersetuju agar KAP  di bawah program PENJANA dijalankan secara atas talian bermula pada 1 Ogos 2020 memandangkan situasi negara ketika ini berhadapan dengan penularan wabak COVID-19. Sehingga 31 Julai 2020 sebanyak 32 agensi  latihan KAP yang diiktiraf akan melaksanakan kursus KAP bermula pada 1 Ogos 2020 dan dijangka akan berakhir pada 15 November 2020.

“Selari dengan projek rintis KAP atas talian, Kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sedang menambahbaik sistem peperiksaan KAP.  Kementerian akan  memperkenalkan projek rintis peperiksaan KAP secara atas talian pada bulan September melibatkan 1800 orang peserta KAP yang telah menjalani kursus.  Hasil daripada projek rintis ini akan dinilai oleh Jabatan dan sistem peperiksaan atas talian akan digunapakai sekiranya hasil tersebut adalah positif.

Kementerian melalui Jabatan juga sedang meneliti semula Garis Panduan Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Permata  yang telah dibangunkan pada tahun 2014 dengan menambahbaik elemen peperiksaan, latihan kejurulatihan dan kriteria sebagai agensi pelaksana KAP yang diiktiraf.” jelas Ahli Parlimen Titiwangsa tersebut.

Sumber foto Facebook Rasmi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

KAP telah dikuatkuasakan semenjak 1 Januari 2013 sebagai kursus yang diwajibkan ke atas pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh bagi menggantikan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1990.  Menurut Peraturan 54, Peraturan-Peraturan TASKA 2012, semua pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh wajib hadir dan lulus KAP dalam tempoh dua belas bulan bekerja.

Pelaksanaan KAP di ISM telah bermula sejak tahun 2016 selaras dengan Pelan Tindakan Ibu Tunggal 2016-2020. ISM selaku agensi di bawah KPWKM adalah merupakan rakan strategik JKM yang menawarkan KAP secara percuma kepada golongan B40 dan Ibu Tunggal dan kemudahan ini yang membezakan ISM dengan agensi latihan KAP lain yang diiktiraf oleh JKM.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...