Home AM Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang 2019 (APC) NADMA Malaysia, lawatan kerja ke Markas SMART
AM

Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang 2019 (APC) NADMA Malaysia, lawatan kerja ke Markas SMART

PUCHONG 5 Ogos 2020 – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) YB Datin Mastura Mohd Yazid telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang 2019 (APC) NADMA Malaysia yang telah berlangsung di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di Pulau Meranti, Puchong, Selangor.

Sumber Foto Unit Komunikasi Korporat JPM

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Timbalan Menteri turut merakamkan penghargaan atas komitmen warga NADMA terutamanya yang telah bertugas dan beroperasi dibawah sektor keselamatan sepanjang Kerajaan melaksakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dalam usaha memutuskan rangkaian penularan jangkitan COVID-19 di dalam ucapannya.

Sumber Foto Unit Komunikasi Korporat JPM

“Acara pagi ini telah dimulakan dengan pemeriksaan barisan pasukan SMART yang diketuai Mejar Nizam Bin Kassim yang disertai oleh 44 orang anggota.

Selesai melakukan pemeriksaan, YB Timbalan Menteri berpeluang melawat Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) dan telah diberi taklimat berkaitan fungsi dan peranan NDCC” kata Agensi tersebut.

Tambah NADMA, seramai 7 orang kakitangan NADMA dan 10 orang anggota Pasukan SMART telah dianugerahkan APC sebagai pengiktirafan dan penghargaan atas kecemerlangan dalam melaksanakan tugas sebagai penjawat awam pada tahun ini.

Sumber Foto Unit Komunikasi Korporat JPM

Turut hadir dimajlis tersebut ialah Ybhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi Bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan) serta Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pelaksanaan Operasi) NADMA Malaysia, Encik Zakarian bin Shaaban dan para pegawai daripada NADMA dan pasukan SMART.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsPolitik

PH-BN GABUNG FORMULA TAWAN KEDAH 

ALOR SETAR, 5 Jun – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)...

AMHighlightsMerdekaMY LNA

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH

PROGRAM KUARTET MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023...

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...