Muzik & Hiburan @ My LNANiaga @ My LNAPolitik @ My LNA

Saifuddin jelaskan isu lesen Finas

149

23 Julai 2020 – Menteri Komunikasi dan Multimedia YBM Dato’ Saifuddin Abdullah tampil memberikan penjelasan mengenai laporan yang tular berkaitan dengan keperluan lesen FINAS untuk perfileman berikutan jawapan beliau kepada soalan yang ditujukan oleh Ahli Parlimen Kluang di Dewan Rakyat pada pagi hari ini (23 Julai 2020).

Menurut Saifuddin sebahagian daripada laporan tersebut memberi gambaran yang tidak tepat sehingga membawa kepada makna yang berbeza daripada maksud jawapan yang diberikan oleh beliau.

“Ketika menjawab soalan itu, saya hanya menerangkan tentang undang-undang yang sedia ada, iaitu Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 [Akta 244] yang diluluskan Parlimen pada tahun 1981. Akta tersebut telah digunakan selama ini, iaitu oleh kerajaan-kerajaan terdahulu, termasuk BN dan PH.

Pada 1981, teknologi pada masa itu tiada langsung media sosial seperti Tik Tok, YouTube dan sebagainya. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) ambil maklum bahawa Akta ini perlu penambahbaikan. Ini telahpun saya nyatakan dalam sidang media Kad Laporan 100 hari saya sebagai Menteri KKMM pada 20 Jun 2020, iaitu KKMM sedang menilai semula semua undang-undang di bawah pengawasannya” jelas Saifuddin.

Jesteru, beliau menegaskan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak pernah dan tidak berniat menggunakan Akta ini untuk menyekat kebebasan peribadi individu dalam media sosial.

“Malah KKMM terbuka untuk menerima apa-apa cadangan dalam memperbaiki bukan sahaja Akta dibahaskan pagi tadi, malah, semua undang-undang di bawah pengawasan KKMM supaya bersesuaian dengan kehendak semasa” ujarnya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNANiaga @ My LNA

Melaka sedia 10 anugerah untuk usahawan terbaik

Oleh MOHAMAD FAZRUL ABDUL MAJID / MELAKA HARI INI AYER KEROH 3...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

foodpanda melancarkan pandapro yang diperbaharui untukpelanggan setia

Penjimatan Besar dengan Tawaran Eksklusif dan Penghantaran Percuma Tanpa Had hanyauntuk pelanggan...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNAUTAMA

Karya Seni Mural QuickBites Menerima Pengiktirafan The Malaysia Book Of Records

● ‘Minda Sihat, Cergas Fizikal’ Bersama QuickBites 2024 adalah program anjuran Gardenia...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

DC Healthcare Raikan Pembukaan Besar Klinik Dr. Chong di Pulau Pinang Dirasmikan oleh Gabenor Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi

PULAU PINANG, 12 Jun 2024 – DC Healthcare Holdings Berhad (“DC Healthcare” atau “Kumpulan”),...