AMCOVID-19 @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNANiaga @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

MDEC sediakan program tambahan kemahiran, jana pendapatan – Saifuddin Abdullah

98

23 Julai 2020 – Menteri Komunikasi dan Multimedia YBM Dato’ Saifuddin Abdullah pada hari ini memaklumka beberapa inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dalam membantu rakyat bagi menambah kemahiran baharu sekaligus membolehkan mereka mencari pekerjaan serta menjana pendapatan secara dalam talian.

“KKMM sentiasa komited dalam menangani kesukaran yang dihadapi industri media ketika ini berikutan wabak COVID-19 apabila terdapat syarikat media terpaksa mengecilkan operasi mereka. Situasi tersebut menyebabkan petugas media terpaksa menerima hakikat apabila perkhidmatan mereka ditamatkan oleh majikan yang terjejas akibat kesukaran itu.

Sebagai Kementerian yang menaungi industri media, saya ingin berkongsi beberapa inisiatif yang dilaksanakan oleh KKMM melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) ” kata Saifuddin melalui kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Antara inisiatif dilaksanakan MDEC yang boleh dimanfaatkan oleh petugas industri media yang terjejas dan Rakyat Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Program Tenaga Kerja Dalam Talian Global (GLOW) – Program Tenaga Kerja Dalam Talian Global atau lebih dikenali sebagai GLOW telah dilaksanakan sejak 2017 dengan matlamat untuk memperkenalkan peluang kerjaya sebagai pekerja bebas (freelancer) yang mampu menjana pendapatan tinggi secara dalam talian. Menerusinya, peserta akan diberikan pendedahan, latihan dan bimbingan untuk mengenal pasti potensi dan minat masing-masing. Peserta juga akan didedahkan dengan platform-platform dalam talian yang boleh disertai.
  2. Program PenjanaGig – MDEC turut bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi mengenal pasti kursus teknologi digital bersesuaian yang akan menjadi sebahagian daripada insentif pengambilan dan latihan PENJANA 2020. Menerusi inisiatif ini, mereka yang layak mendapat perlindungan sosial PenjanaGig akan disyaratkan untuk bekerja dengan syarikat berkaitan ekonomi gig yang berdaftar dengan MDEC. Pencari kerja yang berminat boleh melayari portal http://www.myfuturejobs.gov.my.
  3. Jom Belajar Digital MDEC & Coursera – MDEC bersama platform pembelajaran dalam talian global iaitu Coursera telah melancarkan program Jom Belajar Digital di bawah inisiatif #MyDigitalWorkforce yang menawarkan sejumlah 3,800 kursus termasuk Sijil Latihan Profesional dan permohonan telah dibuka sehingga 31 Disember 2020. Antara yang ditawarkan adalah kursus Automasi IT Google dengan Python, pengaturcaraan dan pengenalan Intel ke pembelajaran dalaman, serta laluan kerjaya yang boleh disertai oleh peserta seperti analisa data dan pembangunan perisian. Pendaftaran untuk kempen Jom Belajar Digital boleh dilakukan di www.mdec.my/letslearndigital.
  4. Program 42 KL – Program 42 KL merupakan sekolah pengaturcaraan komputer percuma yang menawarkan konsep pembelajaran dengan rakan sebaya berasaskan projek sebenar tanpa melibatkan guru atau menghadiri kuliah. Program ini juga bertujuan mengembangkan kemahiran yang diperlukan bagi memulakan kerjaya sebagai jurutera perisian. Mereka yang berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar untuk menyertai program ini. Pusat pertama di Malaysia akan dibuka di Sunway City, dan sehingga kini sebanyak 20 negara telah melaksanakan program ini.
  5. Minggu #MyDigitalWorkforce – Minggu #MyDigitalWorkforce merupakan acara dalam talian yang akan berlangsung selama seminggu bermula 24 Ogos hingga 28 Ogos 2020. Program ini menampilkan beberapa siri webinar berkaitan peluang pekerjaan digital dan bertujuan untuk menggerakkan semula tenaga kerja tempatan dalam sektor ekonomi digital. Terdapat tiga komponen dalam program ini, iaitu sesi webinar, ekspo kerjaya secara digital, dan latihan dalam talian oleh rakan kongsi. Inisiatif ini turut melibatkan program bakat 3D yang merangkumi pembangunan, data, dan reka bentuk yang boleh dimanfaatkan oleh pencari kerja.
  6. Direktori Latihan Kemahiran Digital – Bagi membantu Rakyat Malaysia memilih program latihan yang bersesuaian dengan keperluan dan minat masing-masing, MDEC akan melancarkan Direktori Latihan Kemahiran Digital pada bulan Ogos 2020. Program ini diyakini dapat membantu pencari kerja mempelajari kemahiran teknologi digital yang berkaitan dengan industri.
  7. Biasiswa MyIndustry AI – MDEC juga akan memberi tumpuan kepada pengembangan bakat teknologi maklumat dan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) dengan bekerjasama rapat dengan rakan industri di samping membina infrastruktur yang membolehkan ekosistem AI yang diyakini.

Mengulas berkenaan Program Tenaga Kerja Dalam Talian Global (GLOW), Saifuddin berkata menerusi GLOW – PENJANA yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri program khas yang disediakan untuk membantu golongan pekerja dan individu yang terjejas berikutan penularan wabak COVID-19.

“Program GLOW – PENJANA memberi fokus dan spesifik bagi memastikan kadar kejayaan pelaksanaan program yang lebih tinggi. Program ini juga memberi tumpuan untuk mengeksport kepakaran freelancer tempatan dan menyasarkan tugasan-tugasan atau kerja sepenuhnya di pasaran global.

Antara sektor yang akan diberikan tumpuan adalah sektor perkhidmatan seperti tugasan sebagai pembantu maya, pegawai penyelidik dalam talian, penterjemah, serta bidang kreatif seperti pereka grafik, alih suara dan bidang teknologi maklumat (ICT) seperti pengaturcaraan.

Berdasarkan statistik MDEC, sehingga tahun lalu seramai 29,225 orang peserta telah dilatih dan telah menjana pendapatan keseluruhan lebih RM168 juta. MDEC turut mempunyai 12 rakan platform global. Saya mengalu-alukan pekerja industri media yang terjejas supaya mendaftar dengan program ini.” jelas beliau.

Saifuddin turut berharap agar mereka yang terkesan dengan situasi semasa boleh memanfaatkan inisiatif-inisiatif yang telah dinyatakan dan seterusnya membantu meringankan beban pengecilan operasi media akibat wabak COVID-19.

“Maklumat berhubung inisiatif-inisiatif menambah kemahiran baharu oleh Kerajaan akan dihebahkan secara lebih meluas bagi membantu Rakyat yang terkesan melakukan lonjakan digital dan seterusnya mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNAUTAMA

Shopee Mengukuhkan Keyakinan Pembeli dengan Program Jaminan Tepat Waktu

KUALA LUMPUR, 22 April 2024 – Kajian pasaran ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...