AMEkonomi @ My LNANiaga @ My LNA

PROTÉGÉ tingkatkan potensi kebolehpasaran, kemahiran keusahawanan dalam kalangan graduan

141

PUTRAJAYA 23 Julai 2020 – Program Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) merupakan satu inisiatif penting yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) bagi meningkatkan potensi kebolehpasaran dan memupuk kemahiran keusahawanan dalam kalangan graduan.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi YBM Dato’ Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaaffar melalui kenyataan media hari ini, program yang telah dijenamakan semula dari Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) pada September 2019 tersebut adalah selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 melalui Teras 1 iaitu Membudayakan Keusahawanan Dalam Segenap Lapisan Masyarakat.

Tambah Dr. Wan Junaidi ia turut menyokong aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 melalui Teras 5 iaitu Memperkukuh Kesejahteraan Sosial.

Beliau turut memaklumkan beberapa program kebolehpasaran serta keusahawanan dilaksanakan pada tahun ini seperti berikut:

  1. PROTÉGÉ – Ready To Work (Program RTW) bertujuan untuk membantu meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan menganggur melalui penempatan latihan selama 8 hingga 12 bulan di syarikat yang mengambil bahagian seperti Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), syarikat-syarikat penerima perolehan Kerajaan di bawah arahan Pekeliling Perbendaharaan Perolehan Kerajaan (PP/PK1.2), syarikat-syarikat swasta dan lain-lain. Struktur asal Program SL1M masih dikekalkan dan ditambahbaik dengan pengenalan modul latihan berkaitan asas keusahawanan.
  2. New Gen Entrepreneur Online Bootcamp (N-GENE) dilaksanakan dengan kerjasama CEDAR SME Bank. Program N-GENE bertujuan untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran dan membangunkan kemahiran keusahawanan secara dalam talian dan bimbingan perniagaan selama 9 bulan. Program ini menyasarkan penyertaan 2,000 graduan dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) / Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
  3. Graduate Capacity and Employability Enhancement Program (GRACE) merupakan program peningkatan kebolehpasaran melalui latihan peningkatan kemahiran dan pensijilan profesional yang menyasarkan 200 graduan setahun.
  4. Agri-Coaching and Industry Development Programme (ACID) dilaksanakan dengan kerjasama INSKEN. Program ACID menawarkan peluang latihan keusahawanan melalui bidang pertanian bagi graduan-graduan terutama golongan B40 untuk memperoleh pendapatan serta menimba kemahiran keusahawanan melalui latihan dan bimbingan perniagaan. Tempoh pelaksanaan adalah 12 bulan.
  5. Reach Out, Awareness and Developmental Program (ROAD) merupakan program kesedaran, pembudayaan dan latihan jangka pendek berkaitan ekosistem keusahawanan serta peningkatan kebolehpasaran kepada pelajar dan graduan. Program ini melibatkan kerjasama pelbagai pihak merangkumi Institut Pengajian Tinggi, Institut Latihan Kemahiran Awam, Kementerian dan Agensi Kerajaan yang berkaitan serta pihak industri.

Mengulas mengenai program PROTÉGÉ – Ready To Work (Program RTW), Dr Wan Junaidi berkata terdapat seramai 5,000 peserta sedang menjalani latihan di bawah Program-RTW di seluruh negara.

“Terkini, pelaksanaan Program-RTW diperluas melalui kerjasama Bank Negara Malaysia dan Financial Industry Collective Outreach (FINCO) melalui Graduate Program 2000. Inisiatif ini menyasarkan seramai 2,000 graduan setahun menjalani latihan penempatan di 120 Institusi Kewangan mulai Julai 2020.

MEDAC amat mengalu-alukan penyertaan lebih banyak Syarikat Berkaitan Kerajaan, Kerajaan-Kerajaan Negeri, syarikat swasta dan lain-lain dalam menjayakan agenda penting Kerajaan untuk mengurangkan kadar pengangguran terutama dalam kalangan graduan.” jelas beliau.

Tambah beliau lagi, kementeriannya akan giat melaksanakan hebahan berhubung program-program ini menerusi semua platform media massa. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan program PROTÉGÉ, sila hubungi 03-8883 6406 atau emelkan kepada protege@medac.gov.my.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNACSR @ BM My LNA

Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan MenerusiInisiatif CSR Sesama Mara

KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAKomunikasi Digital @ My LNAUTAMA

MCMC gesa hentikan hantaran provokasi

CYBERJAYA, 29 Mac 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak...

AMBM @ MY LNACuaca @ My LNAUTAMA

NADMA laksanakan Operasi Pembenihan Awan di Sabah

SABAH, 28 Mac 2024 – Semalam Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Ramadan dan limpahan barakahnya

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Kedatangan bulan Ramadan sangat ditunggu-tunggu oleh...