Home AM Keperluan kebajikan mangsa banjir kilat di Sepang terjamin – Rina Harun
AMWanita

Keperluan kebajikan mangsa banjir kilat di Sepang terjamin – Rina Harun

SEPANG 22 Jun 2020 – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB Datuk Seri Rina Mohd Harun pada hari ini menziarahi mangsa banjir di dua buah Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Kafa Intergrasi dan Dewan Orang Ramai Kampung Labu Lanjut.

Sumber Foto : Facebook Rasmi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Menurut Rina di dalam posting di Facebook Rasmi beliau, segala keperluan kebajikan mangsa-mangsa tersebut adalah terjamin. Difahamkan setakat hari ini seramai 47 orag penduduk masih berada di situ.

Sumber Foto : Facebook Rasmi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

“Alhamdulillah, segala keperluan kebajikan mereka terjamin dengan tindakan pantas dari Pejabat Daerah Sepang, Jabatan Kebajikan Masyarakat, IPD Sepang, anggota PDRM, Anggota Pertahanan Awam dan anggota RELA.

InsyaAllah, saya dan seluruh anggota kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa bertungkus-lumus memastikan mangsa banjir sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik.” kata Rina.

Banjir kilat melanda Kampung Ginching dan Kampung Baharu Lanjut, Salak Tinggi, Sepang selepas ban pecah ekoran air sungai bertambah serta arus deras selepas hujan lebat pada pagi Sabtu. Media melapurkan seramai 100 orang penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsPolitik

PH-BN GABUNG FORMULA TAWAN KEDAH 

ALOR SETAR, 5 Jun – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)...

AMHighlightsMerdekaMY LNA

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH

PROGRAM KUARTET MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023...

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...