Home AM Pematuhan SOP Upacara Perkahwinan Bukan Islam Di Rumah Ibadat dan Persatuan Agama akan dipantau
AMCOVID-19

Pematuhan SOP Upacara Perkahwinan Bukan Islam Di Rumah Ibadat dan Persatuan Agama akan dipantau

PUTRAJAYA 22 Jun 2020 – Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diadakan pada 18 Jun lepas telah meluluskan Prosedur Operasi Standard (SOP) Upacara Perkahwinan Bukan Islam Di Rumah Ibadat Dan Persatuan Agama.

Menurut Kementerian Perpaduan Negara (KPN) di dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini, SOP tersebut telah disediakan secara bersama oleh KPN, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ianya merangkumi perkara-perkara penting di dalam menjalankan upacara perkahwinan penganut bukan Islam seperti had kapasiti kehadiran di rumah ibadat dengan bilangan maksimum kehadiran seramai 20 orang, urusan pendaftaran perkahwinan dan upacara perkahwinan adat.

Jamuan makan bagi meraikan majlis perkahwinan masih tidak dibenarkan diadakan di dalam rumah ibadat.” jelas KPN.

Dalam pada itu, Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata bahawa pegawai-pegawai KPN di peringkat negeri akan bekerjasama dengan JPN dan pihak Kerajaan Negeri bagi memantau pematuhan SOP tersebut di rumah-rumah ibadat dan memastikan upacara perkahwinan di rumah-rumah ibadat berjalan dengan lancar dan selamat.

Tambah beliau, pemakaian SOP tersebut adalah tertakluk kepada Garis Panduan Norma Baharu yang dikeluarkan oleh MKN, peraturan Kerajaan Negeri dan tarikh yang telah dipersetujui dan diluluskan kelak.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPendidikan

CEO@Faculty bukti kolaborasi industri-akademia yang berhasil

Oleh: Dr Syed Bahari Ramadzan Syed Adnan Bidang industri dan akademik merupakan...

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNA

Tindakan RISDA bagi membantu pekebun kecil getah hadapi cuaca panas

Sorotan Video Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji...

Alam SekitarAMESGMY LNA

Empat Fokus Utama Malaysia menjadi tarikan utama Negara Anggota Un-Habitat ke arah mencapai Agenda Mampan 2030

NAIROBI, KENYA, 8 Jun 2023 – Penyertaan Malaysia ke Persidangan United Nations...