AMCOVID-19 @ My LNA

ABIM saran tempoh moratorium disambung

72

17 Jun 2020 – Berhubung dengan kekhuatiran oleh sebahagian segmen masyarakat Malaysia khususnya mereka yang masih belum bersedia untuk menghadapi fasa selepas tempoh moratorium berakhir, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyarankan supaya tempoh skim penangguhan pembayaran atau moratorium bagi tempoh enam bulan untuk bayaran pinjaman yang sedang berlangsung sekarang dilanjutkan ke tempoh yang bersesuaian selari dengan indokator keberhasilan pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Menurut Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz, secara prinsipnya ABIM menyambut baik skim moratorium ini yang ternyata memberi kelegaan kepada rakyat ketika menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khususnya ketika aktiviti ekonomi tidak terganggu.

“Walau bagaimanapun, kami menyuarakan kekhuatiran oleh sebahagian segmen masyarakat Malaysia khususnya mereka yang masih belum bersedia untuk menghadapi fasa selepas tempoh moratorium berakhir. Bermula Oktober 2020, mereka perlu kembali menanggung komitmen dalam bentuk pembayaran balik pinjaman, justeru menyulitkan golongan pekerja yang telah diberhentikan atau dibuang pekerjaan menyebabkan mereka hilang punca pendapatan susulan pandemik Covid-19.

Oleh yang demikian, ABIM menyarankan supaya tempoh skim moratorium ini dilanjutkan ke tempoh yang bersesuaian selari dengan indokator keberhasilan pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).” kata Faisal di dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Dalam pada itu, Faizal berkata bahawa kadar pengangguran di negara ini berada pada paras 3.9 peratus atau sekitar 610,000 orang pada bulan Mac 2020. Manakala, unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia pada 14 Mei 2020 menunjukkan kadar pengangguran dijangka akan terus meningkat kepada 5.5 peratus atau lebih 860,000 orang penganggur untuk keseluruhan tahun 2020.

“Oleh itu, ABIM menyambut baik inisiatif kerajaan menerusi PENJANA yang menggalakkan majikan mengambil pekerja baharu seperti Program Insentif Pengambilan Pekerja telah diperuntukkan berjumlah RM1.5 bilion. Ia adalah bagi menggalakkan pengambilan pekerja oleh majikan untuk memberi pekerjaan kepada golongan penganggur dan belia. Selain itu, terdapat juga beberapa inisiatif lain termasuklah program latihan dan penempatan, program peningkatan kemahiran (upskilling) di dalam industri dan lain-lain yang berkaitan untuk memastikan rakyat mendapat pendapatan.

Namun begitu, ABIM berpandangan bahawa program dan inisiatif memberi semula pekerjaan kepada rakyat yang telah diberhentikan kerja ini harus mempunyai tempoh sasaran keberhasilan yang jelas dan munasabah. Dalam masa yang sama, tempoh sasaran keberhasilan program PENJANA ini harus selari dengan inisiatif meringankan bebanan komitmen rakyat termasuk tempoh skim moratorium. Oleh itu, ABIM menyarankan bahawa waktu yang paling sesuai untuk menamatkan tempoh moratorium adalah selepas ekonomi rakyat dapat diberdayakan sebaiknya berdasarkan petunjuk dari hasil pelaksnaan pakej-pakej ekonomi yang dicadangkan kerajaan melalui PENJANA 2020.” jelas Faisal.

Tambah Faisal, ABIM juga menyarankan agar pihak kerajaan melanjutkan insentif lain yang tidak kurang pentingnya seperti subsidi upah kepada majikan oleh PERKESO sehingga hujung tahun ini untuk memastikan majikan dapat meneruskan operasi dan melanjutkan penggajian pekerja sedia ada dalam iklim ekonomi yang tidak menentu.

“Menerusi pelanjutan inisiatif sebegini, ia dapat membantu kerajaan mencapai garis hala tuju ekonomi semasa khususnya bagi memastikan isu pengangguran dapat dibendung dengan baik, seterusnya merancakkan kembali aktiviti ekonomi secara sistematik apabila rakyat beroleh pendapatan.” jelas Faisal.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...