AMCOVID-19 @ My LNAEkonomi @ My LNAKenyataan Media

INISIATIF #IMPACTTOLONGHANTAR BERJAYA MEMBANTU LEBIH 15,000 ISI RUMAH SERTA 50,000 PENERIMA MANFAAT DENGAN PERBELANJAAN RM140,000 UNTUK PENGHANTARAN DAN SUMBANGAN

92

PUCHONG, 15 Jun 2020 – Inisiatif #ImpactTolongHantar oleh pihak Impact Malaysia telah berakhir selepas menyediakan bantuan penghantaran ke seluruh negara sepanjang 84 hari dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Impact Malaysia adalah sebuah inisiatif dari Impact Integrated yang merupakan Syarikat Berhad Menurut Jaminan di bawah Kementerian Belia & Sukan.

Dengan perbelanjaaan RM147,662.54 untuk kos penghantaran dan sumbangan kepada pihak yang memerlukan, inisiatif #ImpactTolongHantar berjaya membantu 50,016 orang termasuk barisan hadapan dan 15,498 isi rumah di seluruh negara. Inisiatif ini adalah usaha kolaborasi oleh Impact Malaysia untuk membantu pertubuhan, kumpulan dan penderma individu yang menghadapi masalah dari segi logistik dan penghantaran bekalan bantuan asas penting di dalam dan antara negeri sewaktu PKP/B.

Lebih daripada 40 buah kumpulan amal, persatuan dan syarikat telah mengguna khidmat #ImpactTolongHantar untuk menghantar bantuan makanan, bekalan rumah dan PPE kepada kumpulan B40, pusat pelindungan, bank makanan, barisan hadapan dan pelbagai kumpulan yang memerlukan yang terjejas oleh situasi COVID-19.

Inisiatif #ImpactTolongHantar menghubungkan pihak berkenaan dengan rakan penghantaran mikro dan sederhana termasuk kerjasama dengan pihak NADMA untuk penghantaran bantuan melalui TUDM. Rakan penghantar utama inisiatif ini ialah BungkusIt, GoGet, Mr Speedy, Recommend.my dan TheLorry. Khidmat Pos Malaysia juga digunakan terutamanya untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak. #ImpactTolongHantar juga menaja kos penghantaran untuk pesanan runcit dari Pak Grocer di Lembah Klang.

Dalam segala urusan, Inisiatif ini mematuhi ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memastikan kesihatan dan keselamatan penyedia bantuan, rakan penghantar, penerima bantuan dan barisan hadapan.

Dipti Kumar, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Collective Impact Initiative (MCII), mengatakan, “Sepanjang kolaborasi projek, kami yakin dengan #ImpactTolongHantar dari segi kebolehpercayaan dan komitmen. Tanpa inisiatif #ImpactTolongHantar, projek kami tidak akan dapat dilaksanakan. Dengan kerjasama erat ini, MCII bebas untuk fokus pada pengumpulan dana, pengurusan benefisiari dan pembelian bahan makanan asas sementara #ImpactTolongHantar menguruskan penghantaran sepenuhnya dari kedai ke rumah. Ucapan ribuan terima kasih kepada pasukan #ImpactTolongHantar kerana bekerja pada hari bekerja dan hujung minggu untuk memastikan bahawa mereka yang
paling memerlukannya menerima barang runcit mereka!”

Mohd Syazwan Mokhtar, Pengurus Besar The Lost Food Project, berkata, “#IMpactTolongHantar adalah salah satu pihak yang pertama membantu NGO seperti The Lost Food Project ketika pengumuman PKP dibuat. Penyelesaian penghantaran dan logistik yang diberikan oleh mereka sangat membantu kami dalam mengatasi kawalan ketat yang ditetapkan. Tindak balas yang cepat dan cekap oleh #ImpactTolongHantar telah membolehkan kami terus membantu benefisiari kami tanpa putus dan kami sangat berterima kasih atas sokongan mereka yang luar biasa.”

Kempen #StrongerTogether yang dianjurkan oleh Pestle & Mortar Clothing telah berjaya mengumpulkan sejumlah RM15,031.10 dari penjualan 7 t-shirt yang direka secara eksklusif. RM11,005 disalurkan kepada 6 penerima yang berbeza melalui inisiatif #ImpactTolongHantar untuk menyediakan makanan untuk 217 orang dalam jangka masa 7 hari di seluruh negeri Selangor, dan bandar Sandakan serta Kota Kinabalu.

Hugh Koh, Pengasas Bersama Pestle & Mortar Clothing, berkata, “Impian kami selalu berkisar mengenai Pestle & Mortar Clothing menjadi platform untuk orang lain. Kerjasama kami dengan #ImpactTolongHantar adalah salah satu dari banyak. Kami berharap dapat terus memperjuangkan yang lain pada tahun-tahun akan datang.”

Baki sejumlah RM4,026.10 digunakan untuk membeli makanan dan barang keperluan dari 4 kedai runcit di Kuala Lumpur untuk disumbangkan kepada komuniti pelarian. Satria Malik, salah seorang pemilik kedai runcit, telah mengurangkan kos produknya untuk membantu lebih ramai orang menerima bantuan tersebut. Kempen bersama ini sedikit sebanyak dapat membantu peniaga kecil teruskan perniagaan dalam masa sukar serta membekalkan bantuan kepada mereka yang memerlukan pada masa yang sama.

Inisiatif #ImpactTolongHantar telah diuruskan oleh pegawai-pegawai di bawah Impact Integrated sepenuhnya secara kerja jarak jauh melalui bekerja dari rumah mengikut norma baru. Sebuah pasukan Pegawai Kes ditubuhkan khas untuk usaha ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...