AMCOVID-19 @ My LNAEkonomi @ My LNANiaga @ My LNA

MEDAC bentang pelan pemulihan RM 452 juta bantu usahawan terjejas

82

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah membentangkan pelan pemulihan usahawan dan koperasi dalam mesyuarat jemaah menteri 6 Mei yang lalu.

Menteri MEDAC Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pelan pemulihan ini menggariskan 6 strategi utama bagi menyokong kestabilan ekosistem keusahawanan, memulihkan operasi perniagaan usahawan dalam tempoh segera dan memastikan usahawan kekal berdaya saing dan mampan.

“Ia mengandungi 30 program yang akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu jangka masa pendek (immediate measure) bermula Mei hingga Disember 2020 dan jangka masa sederhana bermula Januari 2021 hingga Mei 2021.

“Sehubungan itu, dianggarkan sejumlah RM452.8 juta peruntukan memberi manfaat kepada lebih 21,847 penerima merangkumi usahawan mikro, perusahaan kecil sederhana, usahawan sosial, startup dan koperasi,” kata Wan Junaidi menerusi satu kenyataan dari Putrajaya hari ini.

Menurut Menteri tersebut, untuk fasa 1, RM230.1 juta peruntukan diperlukan di mana RM175.79 juta adalah bagi melaksanakan 6 program baharu dan 10 program sedia ada yang akan menggunakan peruntukan sedia ada MEDAC dan agensi-agensi manakala RM54.31 juta peruntukan tambahan diperlukan bagi melaksanakan 14 buah program baharu.

Tambah Wan Junaidi lagi, untuk fasa kedua pula, RM222.69 juta peruntukan diperlukan merangkumi 19 program baharu dan 11 program sedia ada.

“Permohonan peruntukan ini telah dikemukakan oleh MEDAC dan agensi-agensi di bawahnya kepada Unit Perancang Ekonomi melalui permohonan peruntukan di bawah tempoh RMKe12.

“MEDAC juga sedang bekerjasama dengan pihak MOF dalam pembangunan Pelan Pemulihan Ekonomi Pasca COVID-19 (atau Short Term & Medium Term Economic Recovery Plan, “Restart”),” ujar ahli Parlimen Santubong itu.

MEDAC merupakan ahli dalam Kumpulan Kerja SME Recovery Support dengan tumpuan kepada strategi dan inisiatif jangka pendek dan sederhana bagi memulihkan usahawan yang terjejas dan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

“Pada 8 Mei yang lalu, MEDAC juga telah mengemukakan cadangan program keusahawanan Pelan Restart dengan jumlah peruntukan sebanyak RM261.21 juta.

“Inisiatif yang sedang dan bakal dilaksanakan ini adalah sejajar dengan dasar kerajaan bagi memastikan rakyat khususnya golongan usahawan sentiasa mendapat sokongan daripada MEDAC supaya urusan perniagaan mereka dapat beroperasi seperti biasa ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di seluruh negara,” tambah Wan Junaidi lagi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...