Home AM COVID-19: Kluster baharu dikesan di Sepang – KP Kesihatan
AMCOVID-19Kesihatan

COVID-19: Kluster baharu dikesan di Sepang – KP Kesihatan

SSUCv3H4sIAAAAAAAACpxUXY+cIBR9b9L/MOG5k4iIo/tXNn24Ao5kHTGCbTeb+e+9IDi4s33pm5x77tfh4Mf3b6cT6cBqQV5OH/6EZz2Oq3ULOG0mhIsfEV/UJNWSI0pqZxYNYw524MQwwU0hOK3j6OF7CBLrwK1W2ayZHVbn1GKdEW8I01QFpOnUEzrrPw5ygJZs6Q8MM0mOAEuAwF3MrXdzmdPkouBmnQ5TPlA1G6vdPBhnbF5kxC39OdtFgFNXhA/bJClft/MpBbZJwGGIkFh0W3/tApagrfh/ZW4fP3cBr2oS7362ezb1okYF2w28blTy9hv1v4UtIglWqU221S8jYAx6ZJXmRQs9XbM044Zgj5QmzDq55T2fHIU0M3SjV73HmirhA1iLdJnwXOhwgVmfybiwQKxKJN6EP1JWlrxtqqa+8JrxljUkt92gsU4YJw24zqMBqXzTXe0nQ/KGVqxteDLJkzcToX4Qdpv6WFXQOkveHRtjTZnlRfPGWEkvj9jRx5FQplf3ZOlEqDLCJ3cnTpUViUb3IV7UBWu2SLKld91Noz5HzeSXldmFt/+qjJfz9dq8aIuCx66HXwfKrWX+2D53JaxiBXZldWa30JQwVtRNWfA9kFridVS8qumlDg8pNtN+PSIotJS2/blhFM4VUHVueVeeoSkFqzGxVwKz7n8BAAD//wMA+m8n7kYFAAA=

KUALA LUMPUR, 24 Mei — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu kluster baharu COVID-19 dengan enam kes di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Sepang, Selangor, iaitu kluster ketiga melibatkan DTI.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya hari ini.

Semalam, Dr Noor Hisham berkata KKM mengesan kewujudan satu kluster membabitkan warga asing di DTI di Semenyih, Selangor dengan 21 daripada 1,752 sampel yang diambil disahkan positif COVID-19.

Terdahulu, 60 kes COVID-19 dikesan di DTI Bukit Jalil.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata KKM dalam proses mengambil sampel pendatang tanpa izin di DTI Bukit Jalil dan Semenyih melibatkan 3,000 individu yang turut merangkumi petugas dua depoh tersebut.

Katanya mereka yang didapati positif akan dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Risiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

— BERNAMA

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMDSISHighlightsKebajikanMY LNA

Ismail Sabri santuni anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

27 Mac 2023 – Mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob...

AMBizEkonomiMY LNAPengguna

Bengkel Motosikal Tawar Tayar Harga Rahmah RM5

KAJANG, 26 Mac 2023 – Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, sebuah...

AMIsu SemasaMY LNA

Phoong komited selesaikan Project Star City yang lama terbengkalai

SABAH 25 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan Sabah, Phoong...

AMCuacaMY LNA

Hujan lebat dijangka berlaku di Kedah, Sabah, Sarawak dan Labuan

26 MAC 2023 – Jabata Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan satu...