Home AM KKMM umum pengerusi, timbalan yang baharu untuk Finas
AMMuzik dan Hiburan

KKMM umum pengerusi, timbalan yang baharu untuk Finas

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan baharu bagi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

KKMM menerusi satu kenyataan hari ini, telah mengumumkan perlantikan Zakaria Abdul Hamid sebagai pengerusi FINAS dan Dato’ Norman Abdul Halim sebagai timbalan pengerusi FINAS, untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 23 Mei 2020.

“Zakaria merupakan ahli perniagaan dan aktivis masyarakat dan mempunyai Sarjana Perancangan Bandar dari California State University, Amerika Syarikat.

“Beliau menggantikan Dato’ Gerald Hans Isaac yang telah berkhidmat sejak April 2019,” kata KKMM.

Menurut KKMM, Norman pula mempunyai pengalaman yang luas dalam industri media dan hiburan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

“Beliau juga menyandang jawatan sebagai Presiden Yayasan KRU.

“KKMM yakin bahawa mereka akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan berusaha untuk membangunkan lagi FINAS,” tambah KKMM lagi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

Konvoi Bakul RAHMAH ke Tambun

KUALA LUMPUR, 28 MAC 2023 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim...

AMHighlightsMY LNAPerumahanSDGS

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor...

AMDSISHighlightsKebajikanMY LNA

Ismail Sabri santuni anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

27 Mac 2023 – Mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob...