Home AM Pelaburan di Kedah : Azmin akan bincang dengan Sanusi
AMCOVID-19Ekonomi

Pelaburan di Kedah : Azmin akan bincang dengan Sanusi

28 Mei 2020 – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dijangka akan membincangkan kedudukan peluang pelaburan di negeri Kedah ketika mengadakan kunjungan hormat dengan Menteri Kedah YAB Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman pada 2 petang hari ini.

Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui kenyataan media yang dikeluarkan semalam, pertemuan bagi kedua pemimpin tersebut adalah yang pertama sejak YAB Muhammad Sanusi dilantik sebagai Menteri Besar Kedah pada 17 Mei 2020.

“Dalam kunjungan hormat ini YB Dato’ Seri Azmin dijangka akan berbincang dengan YAB Menteri Besar berhubung kedudukan peluang pelaburan di negeri itu.

Juga akan dibincangkan adalah bagaimana negeri Kedah mampu terus menjadi tarikan pelabur asing pasca COVID-19 selain menjadi hab pembuatan bagi sektor-sektor terpilih.” kata MITI di dalam kenyataan tersebut.

Tambah MITI, Azmin juga dijangka mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua perniagaan setempat serta pemimpin komuniti tempatan.

YAB Muhammad Sanusi Md Nor telah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang ke -14  bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada 17 Mei yang lepas. Perlantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri tersebut dibuat susulan peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz berkuat kuasa serta merta pada hari yang sama selepas hilang kepercayaan majoriti ADUN di Kedah.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Alam SekitarAMHighlightsMY LNA

Empat Masjid Terpilih terima Dana Wakaf Masjid Hijau (WMH)

BANGI 1 Mac 2023 – Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation...

AMHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

Konvoi Bakul RAHMAH ke Tambun

KUALA LUMPUR, 28 MAC 2023 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim...

AMHighlightsMY LNAPerumahanSDGS

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor...