AM

KPLB LANTIK LIMA PENGERUSI AGENSI

97

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) hari ini, mengumumkan pelantikan lima pengerusi bagi agensi di bawahnya.

Menteri KPLB, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad menyampaikan surat watikah pelantikan kepada kelima-lima pengerusi selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri hari ini.

“Pengerusi-Pengerusi Agensi yang dilantik adalah seperti berikut:

  1. Pengerusi MARA – Datuk Hajah Azizah binti Mohd Dun (Ahli Parlimen Beaufort)
  2. Pengerusi RISDA – Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif (Ahli Parlimen Jempol) 
  3. Pengerusi KESEDAR – Ustaz Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz (Ahli Parlimen Bachok) 
  4. Pengerusi KETENGAH – Senator Datuk Razali bin Idris (Ahli Dewan Negara)
  5. Pengerusi KEJORA – Dato’ Che Zakaria bin Mohd Salleh (ADUN Permas).

“Pelantikan dibuat setelah mengambil kira keupayaan kepimpinan, pengalaman dan sumbangan mereka kepada rakyat,” kata Abd Latif dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Abd Latif berkata, tempoh pelantikan sebagai Pengerusi Agensi di bawah KPLB adalah bagi dua tahun mulai 1 Mei 2020 sehingga 30 April 2022.

“Kuasa melantik pengerusi dan lembaga pengarah Badan Berkanun Perseketuan (BBP) oleh menteri dinyatakan dalam Akta Tubuh agensi-agensi tersebut dan dibaca bersama dengan Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1998.

“Menteri diberi kuasa dan tanggungjawab meluluskan pelantikan pengerusi dan ahli lembaga pengarah badan berkanun serta pengerusi, ahli lembaga pengarah dan Ketua Eksekutif Perbadanan dan anak syarikat,” kata beliau.
 
Menurutnya, berdasarkan pekeliling tersebut, pelantikan pengerusi dan lembaga pengarah di kalangan ahli politik, perlu mendapat persetujuan daripada perdana menteri.

“KPLB bertanggungjawab dan terus komited melaksanakan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) untuk mendepani norma baru dalam penyampaian perkhidmatan berimpak tinggi sesuai agenda pembangunan luar bandar yang holistik, inklusif dan mampan,” kata Abd Latif.

KPLB mempunyai tujuh BBP yang menjadi agensi pelaksana kepada semua perancangan dasar yang telah dibuat.

BBP tersebut adalah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Lembaga Kemajuan Wilayah Terengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga Kemajuan Wilayah Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Johor Tenggara (KEJORA)
 
Abd Latif juga mengucapkan tahniah di atas pelantikan ini dan diharap dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang untuk kemajuan agensi pada masa akan datang.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...