AM

Kebebasan akhbar haruslah selari dengan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan – Saifuddin

109

3 Mei 2020 – Menteri Komunikasi dan Multimedia, YBM Dato’ Saifuddin Abdullah meyatakan bahawa kerajaan sentiasa komited dalam menegakkan kebebasan akhbar. Dalam masa yang sama, beliau menegaskan bahawa kebebasan akhbar haruslah selari dengan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan.

“Dalam era teknologi maklumat abad ke-21, akhbar bukan sahaja berperanan menyebarkan maklumat yang telus, tetapi juga melindungi masyarakat daripada penularan maklumat palsu yang boleh menggugat kestabilan dan keharmonian negara.” kata Saifuddin di dalam ucapan selamat menyambut Hari Kebebasan Akhbar Sedunia (World Press Freedom Day) yang disiarkan melalui keyataan media hari ini.

Tambah beliau di dalam era teknologi maklumat abad ke-21, akhbar bukan sahaja berperanan menyebarkan maklumat yang telus, tetapi juga melindungi masyarakat daripada penularan maklumat palsu yang boleh menggugat kestabilan dan keharmonian negara.

“Saya bangga dengan pencapaian Malaysia dalam indeks kebebasan media Wartawan Tanpa Sempadan (Reporters Sans Frontières, RSF), di mana Malaysia mencatat peningkatan setinggi 22 anak tangga ke tangga 101 dalam kalangan 180 negara tersenarai dalam indeks terkini.

Namun, kita perlu berusaha untuk bukan saja meningkatkan kedudukan negara dalam indeks antarabangsa, tetapi lebih penting lagi ialah meletakkan peranan akhbar dalam pendekatan partisipatori bersama pemegang-pemegang taruh lain iaitu kerajaan, perniagaan dan masyarakat sivil sebagai rakan-kongsi pembangunan.” jelas Saifuddin.

Saifuddin turut menzahirkan penghargaan kepada para wartawan yang merupakan tonggak utama membawa infomasi yang terkini dan sahih kepada masyarakat.

“Juga menjadi tanggungjawab untuk kita semua menegakkan kebebasan wartawan untuk menjalankan tugas mereka dengan baik dengan menjunjung prinsip-prinsip dan amalan etika kewartawanan.” katanya.

Hari Kebebasan Akhbar Sedunia disambut pada 3 Mei setiap tahun sejak disytihar oleh Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1993. Ia disambut bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kebebasan akhbar.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...