Home COVID-19 MEDAC terima sumbangan 10,000 Face Mask
COVID-19niaga

MEDAC terima sumbangan 10,000 Face Mask

Putrajaya, 9 April 2020 – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) pada hari ini telah menerima sumbangan 10,000 facemask daripada TTDI Jaya Land Berhad. Sumbangan ini bertujuan bagi kegunaan para petugas barisan hadapan atau frontliners sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sumbangan ini adalah sejajar dengan komitmen Kementerian dalam menghargai pengorbanan dan penat lelah kesemua petugas-petugas frontliner yang terlibat dengan penularan COVID-19 sepanjang tempoh PKP ini.

Kami berharap agar sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka agar sentiasa bersiap siaga membantu rakyat di seluruh negeri hingga tempoh PKP ini ditamatkan,” kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Samsudin.

Sumber Foto : MEDAC

Beliau yang mewakili YB Menteri MEDAC menerima sumbangan tersebut di Putrajaya pada hari ini. Ia disampaikan oleh Tan Sri Dato’ Lim Soon Peng, Pengasas TTDI Jaya Land Berhad.

Turut hadir ialah Dato’ Mohd Rodzwan Mohd Baba Sakri, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) MEDAC, Datuk Zailaini Haji Hashim, Setiausaha Bahagian Pembangunan Ekosistem Keusahawanan MEDAC, Dato’ Faizal Haji Abdullah, Penasihat Korporat Kanan TTDI Jaya Berhad dan Encik Lim Poh Yit, Pengarah Urusan TTDI Jaya Berhad.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNAniagaPertanian

Fadillah adakan Misi ke EU dan UK

PUTRAJAYA 27 Mei 2023 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan...

HighlightsMY LNAniaga

Kelab GTR Malaysia Bakal Latih Komuniti Miskin Bandar, Bantu Mereka Cari Pendapatan

PUTRAJAYA, 20 Mei – Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia (GTR) hari ini...

AMEkonomiHighlightsMY LNAniaga

Penjenamaan semula nama MITI

KUALA LUMPUR 12 April 2023 – Nama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri...

COVID-19HealthLNA LIFE!Media OutReach

Singapore’s Health Sciences Authority Approves Pfizer’s Pneumococcal 20-Valent Conjugate Vaccine For Adults 18 Years Or Older

First pneumococcal conjugate vaccine that protects against 20 serotypes responsible for the...