AMCOVID-19 @ My LNAEkonomi @ My LNANiaga @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

PKS digalakkan memanfaatkan program eTRADE – MATRADE

122

KUALA LUMPUR, 8 April 2020 – Sebagai menbantu menghadapi krisis COVID-19 sekarang ini, syarikat-syarikat PKS digalakkan memanfaatkan program eTRADE di mana program tersebut merupakan inisiatif untuk membantu PKS mengakses pasaran antarabangsa melalui penyertaan dalam platform e-dagang antarabangsa. Syarikat-syarikat boleh mengemukakan permohonan secara atas talian melalui laman web Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan pemohon yang berjaya akan menerima bantuan dari segi yuran langganan, khidmat nasihat serta bimbingan/bantuan untuk penyertaan ke dalam platform e-dagang B2B/B2C yang dipilih.

Menurut MATRADE di dalam kenyataan media semalam, di bawah program ini, pihaknya telah berkolaborasi dengan 20 platform e-dagang terkemuka bagi memberi pilihan kepada PKS untuk memilih platform yang sesuai dengan pelan perniagaan mereka. Antaranya adalah Alibaba, eBay, Amazon, HalalStreet, eRomman, TradeIndia, Tmall Global dan JD.com. Platform e-dagang tempatan termasuklah BuyMalaysia, DagangHalal, MineBisz dan AVANA.

MATRADE juga sedang melaksanakan promosi untuk menggalakkan lebih ramai syarikat-syarikat Malaysia mempromosikan kehadiran mereka secara atas talian melalui pelbagai platform e-dagang, selain daripada saluran tradisional mereka. Sejak program ini diperkenalkan, terdapat lebih daripada 3,500 permohonan telah diluluskan. Di samping itu PKS juga telah berjaya meningkatkan pendapatan eksport mereka dan menembusi pasaran baru seperti China, Kemboja, Jepun, Australia, Qatar, UAE, UK dan Amerika Syarikat.

“Perdagangan secara digital melalui platform atas talian telah menjadi saluran alternatif untuk meningkatkan pendapatan eksport serta memperoleh pelanggan baru di seluruh dunia. Ia adalah cara yang terbaik dan berkesan bagi mengatasi keperluan mesyuarat secara fizikal untuk berinteraksi antara pembeli dan penjual, lebih-lebih lagi semasa krisis pandemik COVID-19 yang sedang berlaku sekarang.

Sebagai agensi promosi perdagangan Malaysia, MATRADE tetap komited untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi penyumberan produk dan perkhidmatan yang berkualiti. Walaupun pegawai-pegawai MATRADE melaksanakan kerja-kerja dari rumah, MATRADE masih dapat berkongsi maklumat dan informasi berkenaan potensi eksport daripada pembeli-pembeli asing yang ingin mendapatkan produk dan perkhidmatan Malaysia. Sehubungan itu, syarikat-syarikat Malaysia adalah digalakkan untuk mendaftar MyExport melalui laman web MATRADE,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Dato’ Wan Latiff Wan Musa.

Dalam pada itu, syarikat Malaysia juga boleh mengakses pertanyaan-pertanyaan perdagangan daripada pembeli-pembeli antarabangsa dengan memanfaatkan aplikasi pertanyaan perdagangan (trade leads) yang boleh didapati di MyExport, perkhidmatan atas talian bagi pengeksport Malaysia yang berdaftar dengan MATRADE.

Menurut MATRADE lagi, Sejak Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa pada 18 Mac 2020, MATRADE telah menerima sejumlah 239 pertanyaan perdagangan dari pelbagai sektor termasuk makanan & minuman, peralatan perubatan & produk farmasiutikal, automotif, perabot, bahan kimia, elektrik & elektronik, produk optik & saintifik, perkhidmatan pembinaan dan lain-lain lagi.

“Selain daripada pertanyaan perdagangan, MyExport juga memberikan informasi produk dan pasaran terkini serta kajian pasaran dari pejabat-pejabat MATRADE di seluruh dunia.

Pertanyaan perdagangan ini merupakan kompilasi pertanyaan yang diterima oleh pejabat-pejabat MATRADE di seluruh dunia dari pengimport-pengimport asing yang berminat untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan Malaysia.” jelas MATRADE.

Untuk maklumat lanjut berkenaan program eTRADE, petunjuk perdagangan (trade leads) dan MyExport, sila email ke etrade@matrade.gov.my dan info@matrade.gov.my.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Pemegang Saham sokong dua cadangan SCIB dalam EGM

KUCHING, SARAWAK, 27 Mac 2024 – Pakar sistem bangunan perindustrian, Sarawak Consolidated...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...