AMCOVID-19 @ My LNA

COVID – 19 : Warga Parlimen Titiwangsa perlu patuh kepada arahan kerajaan – Rina Harun

186

26 Mac 2020 – Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun pada hari ini menyeru kepada para penduduk di kawasan tersebut supaya patuh kepada arahan kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-2019. Ini susulan dengan status kawasan parlimen tersebut yang dikategorikan sebagai Zon Merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya menyeru kepada warga Parlimen Titiwangsa yang terlibat dengan perhimpuan tabligh di Masjid Sri Petaling agar tampil membuat pemeriksaan COVID-19. Ini termasuk kepada warga Titiwangsa yang ada mempunyai kontak rapat dengan mangsa yang telah disahkan positif COVID-19. Mereka yang berkenaan digesa agar tampil ke pusat saringan segera. Hospital Kuala Lumpur adalah pusat saringan terdekat yang mengendalikan kes COVID-19 dan boleh dihubungi melalui talian 03-26155555.

Setakat ini, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Titiwangsa melalui Persatuan Penduduk telah pun menyalurkan bantuan kecemasan berupa makanan asas kepada warga di Parlimen Titiwangsa yang terkesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan wabak COVID-19.” kata Rina yang juga merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada hari ini.

Tambah Rina, bantuan tersebut akan terus disalurkan dengan keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang terputus pendapatan harian dan tidak termasuk dalam mana-mana kategori bantuan yang telah diumumkan Kerajaan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah pun dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Wilayah, Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) dan agensi kerajaan yang lain akan terus membantu dengan turun ke lapangan bagi membendung dan memantau penularan wabak COVID-19 di Parlimen Titiwangsa. Semua warga di Titiwangsa diseru agar sentiasa memberi bekerjasama dan mematuhi sepenuhnya arahan pihak berkuasa untuk menangani penularan wabak COVID-19 ini.” jelas Rina.

Rina turut mengingatkan kepada semua warga Titiwangsa supaya tidak meninggalkan rumah sekiranya tiada apa-apa kepentingan atau keperluan untuk berbuat demikian.

Untuk makluman, setakat pukul 12 tengah hari, sebanyak 235 kes baru dilaporkan hari ini. Angka ini merupakan jumlah ks harian tertinggi dan ia menjadikan keseluruhan kes adalah berjumlah sebanyak 2,031 kes.Enam puluh (60) daripada kes baru itu adalah dari kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling dan selebihnya masih dalam siasatan.

Turut mendukacitakan adalah jumlah kematian akibat COVID-19 di negara ini terus meningkat kepada 23 orang, setakat jam 5 petang hari ini. Kes kematian ke-22 merupakan kes ke-1797, lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun dan beliau menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling .

Sementara itu, kes kematian ke-23 merupakan kes ke-1840, lelaki warganegara Malaysia yang berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakanmg penyakit kronik. Kes beliau masih dalam siasatan sekiranya mempunyai kaitan dengan mana-mana kluster COVID-19.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...