AMCOVID-19 @ My LNAWanita @ My LNA

Talian Khas Kaunseling Covid-19 diwujudkan – Rina Harun

147

Putrajaya 29 Mac 2020 – Talian Khas Kaunseling Covid-19 diwujudkan melalui Talian Kasih 15999 dan Whatsapp Talian Kasih 019 26 15999. Ini merupakan inisiatif dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi memberi sokongan psikologi kepada semua masyarakat yang terkesan daripada penularan wabak COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Talian Khas Kaunseling atau perkhidmatan tele-kaunseling ini melibatkan kaunselor di bawah Lembaga Kaunselor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negara.

“Pemanggil yang memerlukan perkhidmatan tele-kaunseling akan dipanjangkan kepada pegawai kaunselor yang berdekatan bagi membincangkan masalah yang dihadapi berkaitan COVID-19 dan kesan PKP. Ini bagi memastikan kesihatan mental rakyat Malaysia sentiasa ditahap yang stabil.

Talian Khas Kaunseling COVID-19 ini dibuka kepada mangsa COVID-19, waris mangsa COVID-19, petugas pusat kuarantin, hospital dan lain-lain individu yang terkesan dengan PKP. Kementerian menyarankan supaya mereka yang berhadapan dengan tekanan akibat situasi COVID-19 menghubungi Talian Kasih dengan kadar segera agar kementerian dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. ” jelas Rina di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini.

Rina juga berharap agar perkongsian masalah dan khidmat tele-kaunseling tersebut dapat membantu semua lapisan masyarakat kanak-kanak, wanita, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) bagi mengelakkan lain-lain masalah sosial seperti penderaan dan keganasan rumah tangga dalam masyarakat berlanjutan sehingga boleh meningkatkan pelbagai risiko keselamatan.

Untuk makluman, Talian Khas Kaunseling COVID-19 ini boleh dihubungi di Talian Kasih 15999 serta talian Whatsapp 019 -26 15999. Perkhidmatan ini beroperasi selama 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. 



Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...