AMPolitik @ My LNA

MPPWP perlu diberi nafas baharu – Annuar Musa

89

26 Mac 2020 – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) berpandangan bahawa terdapat keperluan untuk memberi nafas baharu kepada Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) bagi memastikan ia dapat berperanan dan berfungsi dengan lebih baik lagi.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Musa di dalam kenyataan media semalam, berdasarkan laporan yang diterima, terdapat sebahagian besar MPPWP yang tidak aktif dan tidak pernah menghantar sebarang laporan kegiatan dan perbelanjaan seperti yang disyaratkan sejak ahli-ahlinya dilantik.

“Malah banyak yang tidak pernah menghantar laporan walaupun peruntukan telah dibelanjakan. Selain itu, pihak KWP juga menerima banyak aduan daripada penduduk setempat yang tidak berpuas hati kerana MPPWP tidak aktif dan berfungsi dengan baik.

Justeru demi kepentingan awam, KWP sedang menyusun semula MPPWP dan akan digerakkan segera tidak lama lagi.” kata Annuar Musa.

Si samping itu, Annuar Musa turut terima kasih di atas pandangan yang diberikan oleh Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan bertarikh 26 Mac 2020 berkaitan MPPWP. Beliau turut bersetuju MPPWP adalah sebuah entiti yang amat penting dan ia perlu berfungsi seperti yang ditetapkan di dalam kertas dasar Jemaah Menteri dan peranannya mesti dilaksanakan mengikut tata cara dan garis panduan yang telah diberikan.

“InsyaAllah, Yang Berhormat Ahli-ahli Parlimen WP boleh mencadangkan nama-nama individu terutama yang aktif dan berkebolehan dalam persatuan penduduk untuk menduduki MPPWP ini.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih di atas pandangan Yang Berhormat Ahli-ahli Parlimen dalam perkara ini.” kata Annuar Musa.

Terdahulu, ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Warisan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan telah membuat kenyataan bersama meminta agar KWP tidak menamatkan perkhidmatan MPPWP terutamanya ketika negara sedang hadapai penularan wabak COVID-19.

Sambil menyifatkan tindakan tersebut adalah kejam, langkah tersebut dilihat hanya akan melambatkan penyampaian sumbangan yang amat diperlukan terutama di kalangan golongan miskin bandar.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...