AMKenyataan Media

SOALAN LAZIM (FAQ’S) BERKAITAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

91

CYBERSECURITY MALAYSIA

Adakah CyberSecurity Malaysia akan ditutup sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan?

  1. CyberSecurity Malaysia masih beroperasi seperti biasa.
  2. CyberSecurity Malaysia merupakan sebuah agensi Kerajaan yang menyediakan perkhidmatan penting negara termaktub di bawah ACT 177, Industrial Relations Act 1967 (Essential Services), No. 15 dan No. 17.
  3. Agensi ini merupakan pusat pakar teknikal keselamatan siber yang bertanggungjawab untuk memastikan aspek e-Keselamatan Nasional, di samping mengenal pasti bidang-bidang yang boleh membahayakan keselamatan siber negara dan kesejahteraan rakyat secara berterusan.

Bagaimana dengan operasi CyberSecurity Malaysia?

  1. CyberSecurity Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa pada 18 Mac 2020 serta cadangan yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  2. Jumlah kakitangan yang minima bertugas di pejabat CyberSecurity Malaysia manakala selebihnya bertugas dari rumah (Work from home).
  3. Situasi ini dilaksanakan bagi memastikan penawaran perkhidmatan serta bantuan teknikal keselamatan siber dapat disalurkan secara konsisten sama ada kepada pemegang taruh dan juga para pelanggan.

Adakah perkhidmatan Pusat Bantuan Kecemasan Cyber999 beroperasi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa?

Pusat Bantuan Kecemasan Cyber999 yang dikendalikan oleh Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) CyberSecurity Malaysia beroperasi seperti biasa walaupun sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.

Bagaimana pengguna Internet membuat laporan insiden keselamatan siber?

Pengguna Internet boleh membuat laporan insiden keselamatan siber melalui saluran berikut:

  1. Emel: cyber999@cybersecurity.my
  2. Tol Free: 1-300-88-2999 (9.00 pagi – 5.00 petang)
  3. Mobile: +6019-2665850 (24 jam)
  4. SMS: CYBER999 REPORT EMAIL COMPLAINT to 15888
  5. “Cyber999 App” download at Appstore / Google Play
  6. Borang secara online di laman Web: https://www.mycert.org.my

Bagaimana dengan mesyuarat-mesyuarat penting?

Secara amnya, semua mesyuarat penting diteruskan namun ianya dilaksanakan dalam situasi yang terhad, di mana mesyuarat atau perbincangan dilakukan secara dalam talian dengan menggunakan teknologi semasa, antaranya GotoMeeting, Skype serta aplikasi WhatsApp.

Bagaimana orang ramai boleh menghubungi CyberSecurity Malaysia untuk pertanyaan umum?

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian +603-88007999 atau melalui emel: info@cybersecurity.my

JABATAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (JPDP)

Arahan-Arahan dalam Perintah Kawalan Pergerakan JPDP

  1. Secara amnya, semua premis Kerajaan perlu ditutup dan semua penjawat awam dibenarkan untuk bekerja di rumah. Kehadiran di pejabat hanya dibenarkan bagi tujuan-tujuan yang kritikal untuk masa-masa tertentu sahaja;
  2. Tiada program-program lawatan atau program-program peribadi dibenarkan. Penjawat awam yang ingkar akan dikenakan tindakan tatatertib;
  3. Penggiliran tugas akan dilaksanakan bagi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, yang dikuatkuasakan serta melibatkan aktiviti-aktiviti utama di Bahagian Dasar & Perancangan Strategik (pendaftaran) serta Bahagian Penguatkuasaan (aduan).

Adakah operasi kaunter pendaftaran JPDP beroperasi seperti biasa?

  1. Bagi urusan yang melibatkan pendaftaran Pengguna Data, kaunter pendaftaran Pengguna Data tidak akan beroperasi dan talian serta e-mel hotline akan disediakan kepada orang awam iaitu di talian +603-8911 7919/ 5180 atau emelkan kepada noreen@pdp.gov.my;
  2. Bagi urusan yang melibatkan Hal Ehwal Pengguna Data, pihak Jabatan akan mengadakan sidang slot video telekonferensi (tele-conferencing) kepada Pengguna Data mengikut topik serta masa dan tarikh yang akan diputuskan kemudian;

Bagaimana urusan aduan perlu disalurkan?

Bagi urusan yang melibatkan aduan, talian serta e-mel hotline disediakan kepada pengadu iaitu +603-8911 1910/ 7924 atau emelkan kepada penguatkuasaan@pdp.gov.my.

MYNIC BERHAD

Adakah pejabat MYNIC terlibat dengan penutupan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order)?

Ya, pejabat MYNIC terlibat dengan penutupan sementara sempena Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Adakah saya masih boleh mendaftarkan nama domain .MY yang baharu sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini?

Ya proses pendaftaran nama domain masih berjalan seperti biasa oleh MYNIC di mana pelanggan boleh mendaftar secara dalam talian melalui https://shop.ichoose.my/ ataupun melalui Agen Jualan yang berdaftar dengan MYNIC. Maklumat berkaitan Agen Jualan MYNIC boleh didapati di https://mynic.my/resources/domains/find-our-partners/

Adakah terdapat sebarang gangguan terhadap perkhidmatan nama domain .MY yang telah berdaftar dengan MYNIC sepanjang perintah kawalan pergerakan ini?

Tiada gangguan terhadap perkhidmatan nama domain .MY. Pelanggan juga boleh mengemaskini rekod serta membuat pembayaran nama domain secara atas talian melalui MYNIC di https://manage.mynic.my/ ataupun rakan niaga MYNIC yang beroperasi secara atas talian di seluruh Malaysia.

Bagaimanakah saya boleh menghubungi MYNIC untuk sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan servis nama domain .MY?

Perkhidmatan Pelanggan MYNIC kekal beroperasi seperti biasa 24 jam sehari melalui medium -medium berikut :-

  • Talian Khidmat Pelanggan: 1300-88-7277
  • Live Chat: mynic.my
  • Emel: customercare@mynic.my
  • Akaun Media Sosial : FB, IG & Twitter MYNIC Berhad

Adakah Agen Jualan MYNIC beroperasi seperti biasa?

Agen Jualan rasmi MYNIC masih beroperasi seperti biasa. Bagi senarai penuh Agen Jualan MYNIC boleh didapati di https://mynic.my/resources/domains/find-our-partners/

Adakah saya masih boleh membeli dan mendaftarkan nama domain .MY melalui Agen Jualan rasmi MYNIC?

Pembelian dan pendaftaran nama domain .MY masih berjalan seperti biasa dan ianya boleh dilakukan melalui kaedah dalam talian (online).

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...