Home AM MPKKP akan disusun semula – Dr. Hj Abd Latiff
AM

MPKKP akan disusun semula – Dr. Hj Abd Latiff

PUTRAJAYA 21 Mac 2020 – Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Dr. Hj Abd Latiff Bin Hj Ahmad pada hari ini memaklumkankan bahawa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) akan disusun semula supaya komposisinya sesuai dengan sifat kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya telah menerima pelbagai pandangan mengenai operasi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP). Saya ucapkan terima kasih kepada semua. Saya akan meneliti pandangan-pandangan yang diberi.

Sumber Foto Facebook Rasmi KPLB

MPKKP akan disusun semula supaya komposisinya sesuai dengan sifat kerajaan Perikatan Nasional sekarang.

Komposisi dan struktur baru masih dalam kajian, bagaimanapun yang pasti ialah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah sebahagian daripada Perikatan Nasional manakala wakil parti-parti lain yang bukan dari Perikatan Nasional akan digantikan” jelas Dr. Hj Abdul Latiff di dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini.

Tambah beliau proses kajian terperinci sedang dijalankan dan selanjutnya pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang diterajuinya sekarang akan membentangkan nota kabinet untuk mendapatkan pandangan jemaah menteri tidak lama lagi.

Untuk makluman, MPKKP telah ditubuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada awal tahun ini di lima negeri pembangkang (ketika itu) , iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis dan Sarawak. Kerajaan PH berpendapat MPKK dan JKKK di negeri terbabit tidak mampu berfungsi dengan baik untuk menyampaikan maklumat tentang dasar dan program kerajaan kepada rakyat.

Peralihan kuasa pemerintahan daripada kerajaan PH ke kerajaan PN baru-baru ini menyaksikan negeri-negeri terbabit kini berada di dalam blok kerajaan Persekutuan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMPendapat

KENAPA MASIH ADA RAMAI MANGSA BANJIR PALOH TAK TERIMA BANTUAN?

Saya mempunyai senarai nama orang Paloh yang masih belum terima wang bantuan...

AMEkonomiHighlightsMY LNA

Anwar adakan sesi dialog dengan pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato’ Seri...

Alam SekitarAMHighlights

Orang ramai diingatkan tidak lakukan pembakaran terbuka

30 Mei 2023 – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim,...

AMMY LNA

Rodzi Md Saad pengarah baharu MAMPU

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia...