AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

COVID-19 : Inisiatif baharu dari industri telekomunikasi, penyiaran serta pos dan kurier

72

20 Mac 2020 – Meteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah mengumumkan industri telekomunikasi negara menawarkan beberapa insentif kepada rakyat bagi memudahkan perhubungan seperti menawarkan akses tanpa had untuk panggilan ke Crisis Preparedness and Relief Centre (CPRC). Ini sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuatkuasa.

Menurut Saifuddin lagi di dalam satu kenyataan media semalam, mereka turut menyediakan talian-talian tambahan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan perkhidmatan agensi-agensi ini beroperasi pada tahap yang optimum sekaligus membolehkan penyaluran maklumat penting kepada rakyat mengenai Perintah Kawalan Pergerakan dan situasi semasa wabak COVID-19. Jelas beliau, penyedia perkhidmatan juga telah menyediakan inisiatif masing-masing dan butiran lanjut mengenainya akan diumumkan oleh penyedia perkhidmatan itu sendiri.

“Usaha-usaha yang telah dilaksanakan juga untuk memastikan keupayaan rangkaian komunikasi adalah mencukupi serta mengukuhkan prestasi rangkaian untuk menampung peningkatan penggunaan di sekitar lokasi kritikal umpamanya klinik, hospital, balai polis dan pejabat-pejabat Kerajaan. Ini akan membolehkan rakyat di negara ini terus mendapat akses kepada perkhidmatan untuk berkomunikasi, menjalankan perniagaan, selain mendapatkan maklumat dari sistem penyampaian kerajaan, sekaligus dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Ia juga membuktikan komitmen syarikat-syarikat telekomunikasi, penyiaran serta pos dan kurier dalam memastikan perkhidmatan perlu dapat terus disampaikan kepada rakyat.

Untuk itu, saya selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak industry telekomunikasi, penyiar, serta postal dan kurier yang telah tampil dengan pelbagai inisiatif mereka bagi membantu rakyat sepanjang tempoh ini.

Ucapan terima kasih saya tujukan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi iaitu Celcom, Digi, Maxis, Telekom Malaysia, TIME Dotcom, Tune Talk, U Mobile, Webe, XOX dan YES. Komitmen anda semua dalam membantu rakyat dalam detik sukar ini wajar dicontohi oleh pihak lain.” kata Saifuddin lagi.

Saifuddin turut mengucapkan terima kasih kepada kepada pihak Pos Malaysia dan syarikat kurier seperti GDEX, City-Link dan J&T Express atas usaha mereka meneruskan perkhidmatan penghantaran mereka dengan mengurangkan sentuhan dan juga tanpa sentuhan (contactless delivery) demi keselamatan dan kesihatan pelanggan.

“Penghargaan juga saya ingin tujukan kepada pihak penyiar iaitu Astro, BERNAMA, Media Prima, Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV Al-Hijrah, Unifi TV, BFM, Cense Media, IKIM, Rakita, Star Radio dan stesen radio di peringkat negeri kerana menawarkan perkhidmatan tambahan atau percuma pada tempoh ini dan menyampaikan berita penting dan pengumuman khidmat awam kepada masyarakat mengenai wabak COVID-19.” tambah beliau.

Untuk makluman, perkhidmatan telekomunikasi, penyiaran, serta pos dan kurier adalah antara perkhidmatan perlu atau essential services yang disenaraikan dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuat kuasa dari 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Difahamkan bahawa syarikat-syarikat telekomunikasi telahpun mewujudkan pelan kesinambungan perniagaan untuk memastikan rangkaian, aplikasi dalam talian dan perkhidmatan pelanggan beroperasi seperti biasa biarpun negara sedang berhadapan dengan wabak COVID-19.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...