AMNiaga @ My LNA

MITI bertanggung jawab kebenaran untuk pergerakan pekerja bagi pihak industri yang diluluskan

232

20 Mac 2020 – Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada hari ini telah memutuskan bahawa kebenaran untuk pergerakan pekerja bagi pihak industri yang diluluskan dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI).

Menurut MITI dalam kenyataan media hari ini, pihak Kementerian telah mengambil langkah proaktif pagi ini dengan menyatakan kebenaran untuk beroperasi dan bekerja tersebut di dalam surat kelulusan kepada syarikat-syarikat yang akan beroperasi sepanjang PKP.

“Kebenaran bekerja ini juga terhad kepada jumlah pekerja-pekerja yang diluluskan kepada syarikat untuk beroperasi, dan kebenaran untuk meletakkan mesin kilang dalam keadaan siap siaga.

Syarikat-syarikat yang juga pemilik kilang ini wajib memberi surat kebenaran perjalanan kepada pekerja-pekerja yang bertugas, serta melampirkan bersama surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan MITI. Syarikat perlu juga menyenaraikan nama-nama pekerja yang dikenalpasti membawa surat kebenaran perjalanan tersebut untuk pergerakkan mereka dari kediaman ke kilang/premis masing-masing.” jelas MITI.

Tambah MITI, jumlah surat kebenaran ini hanya boleh dikeluarkan oleh pihak syarikat kepada pekerja mereka sahaja mengikut bilangan pekerja yang telah diluluskan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

“Walau bagaimanapun, kelulusan yang diberikan boleh dibatalkan dan ditarik balik sekiranya syarat-syarat yang ditetapkan tidak dipatuhi oleh syarikat” tegas MITI.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...