AM

PKP : Hanya perkhidmatan logistik dan pengangkutan tertentu dibenarkan beroperasi – Azmin Ali

89

21 Mac 2020 – Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali semalam mengumumkan bahawa kebenaran beroperasi di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diberikan kepada syarikat-syarikat di dalam sektor pembuatan yang penting dan kritikal oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI), turut terpakai kepada perkhidmatan logistik dan pengangkutan di bawah syarikat-syarikat berkenaan.

Menurut Azmin di dalam kenyataan media semalam, kebenaran tersebut adalah bagi memastikan bekalan produk-produk penting dan kritikal yang dikeluarkan oleh kilang-kilang yang terlibat sampai ke pelanggan dan destinasi dalam masa dan keadaan yang sempurna. Tambah beliau, perkhidmatan logistik dan pengangkutan yang berkenaan tidak perlu memohon kebenaran berasingan daripada mana-mana agensi Kerajaan bagi meneruskan operasi mereka di dalam tempoh PKP ini.

“Walau bagaimanapun, perkhidmatan logistik dan perkhidmatan ini hanyalah dibenarkan membawa atau mengangkut barang-barang dan hasil produk yang dihasilkan syarikat yang telah diberi kebenaran oleh MITI, dan perlunya beroperasi pada kadar tenaga kerja yang minima.

Adalah diharapkan syarikat-syarikat perkhidmatan logistik dan pengangkutan yang beroperasi akan mematuhi syarat-syarat ini, bagi mengelak dari sebarang tindakan diambil ke atas mereka dan syarikat yang dibenarkan beroperasi. Ini akan dapat memastikan mereka memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan masyarakat tanpa sebarang halangan.” jelas Azmin yang juga merupakan Menteri Kanan.

Tambah Azmin, kilang pembuatan yang telah dibenarkan untuk beroperasi tetapi menggunakan perkhidmatan syarikat logistik dan pengangkutan swasta/individu, syarikat/individu tersebut perlu memohon kebenaran kepada Jawatankuasa Permohonan Pengecualian Industri untuk diperakukan jua.

PKP telah mula berkuat kuasa mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19. Ia telah dimumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 16hb Mac yang lalu di mana perintah kawalan selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...