Home AM Novel Coronavirus (2019-Ncov) di Malaysia: Ujian pengesahan ke atas keempat-empat kes adalah NEGATIF – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
AM

Novel Coronavirus (2019-Ncov) di Malaysia: Ujian pengesahan ke atas keempat-empat kes adalah NEGATIF – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

24 Januari 2020 – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah pada hari ini memaklumkan bahawa ujian pengesanan dan pengesahan virus 2019-nCoV yang dijalankan ke atas kempat-empat kes disyaki 2019-nCoV di Malaysia adalah NEGATIF bagi jangkitan Novel Coronavirus.

Sumber foto Facebook Rasmi Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

“Kes pertama adalah seorang kanak-kanak lelaki warganegara Jordan berusia 5 tahun yang bercuti bersama ibu bapanya di Sabah. Ibu bapa pesakit merupakan penuntut PhD di Universiti Hua Zhong, Wuhan. Beliau telah menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Keputusan ujian pengesanan dan pengesahan virus 2019-nCoV adalah NEGATIF.

Kes kedua adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 30 tahun dengan sejarah perjalanan terkini melawati negara China. Beliau menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh. Keputusan ujian pengesanan dan pengesahan virus 2019-nCoV adalah NEGATIF.

Kes ketiga adalah seorang wanita warganegara Malaysia berusia 24 tahun dengan sejarah perjalanan terkini melawati negara China. Beliau menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh. Keputusan ujian pengesanan dan pengesahan virus 2019-nCoV adalah NEGATIF. ” jelas beliau di dalam posting di Facebook rasmi beliau pada hari ini.

Tambah Dr. Noor Hisham, bagi kes keempat iaitu kes terbaru yang melibatkan seorang remaja lelaki warganegara China berusia 16 tahun yang bercuti bersama keluarga di Sabah, keputusan ujian pengesanan dan pengesahan virus 2019-nCoV juga adalah NEGATIF. Remaja tersebut telah menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

“Tiga kes pertama telah menerima rawatan perubatan yang sewajarnya dan telah discaj daripada hospital. Kes keempat sedang menerima rawatan dan berada dalam keadaan yang stabil” kata Dr. Noor Hisham.

Setakat ini, pihak Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima pelaporan untuk empat (4) kes yang disyaki dijangkiti 2019-nCoV. Sebaik dikesan, mereka telah dimasukkan ke wad pengasingan bagi membolehkan rawatan dan penyiasatan lanjut dijalankan. 

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah menyarankan orang ramai yang ingin melawat ke Wuhan, China agar menangguhkan perjalanan mereka kecuali untuk urusan penting yang tidak boleh dielakkan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

PM hadiri Kenduri MENU RAHMAH

KUALA LUMPUR 20 Mac 2023 – Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri...

AMHighlightsMY LNASains, Teknologi & Komunikasi

MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R

CYBERJAYA 19 Mac 2023 – Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),...

AMHighlightsMY LNAPertanianSekuriti Makanan

Mohamad Sabu ke Indonesia, teroka teknologi baru industri padi

PUTRAJAYA 17 Mac 2023 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, B Datuk...