AM

Kes Pertama Positif Novel Coronavirus di Negara Singapura : Tindakan KKM Bagi Pengesanan Kontak (Contact Tracing)

83

[KEMASKINI 24 JANUARI 2020 JAM 16:15]

24 Januari 2020 – Berikutan dengan satu kes import novel coronavirus (2019-nCoV) melibatkan seorang lelaki, warganegara China dari Wuhan yang berlaku di Singapura, Kementerian Kesihatan Singapura telah menghubungi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memaklumkan terdapat seramai lapan (8) orang kontak rapat ( empat (4) orang dewasa dan empat (4) orang kanak-kanak dari negara China) dengan kes tersebut sedang berada di Johor Bahru, Malaysia.

Sumber foto Halaman Web Rasmi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

” Dengan perkongsian maklumat tersebut pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor telah bertindak segera dengan mengesan kesemua kontak tersebut berkenaan dan melakukan saringan kesihatan bagi memeriksa status kesihatan mereka.  Hasil saringan menunjukkan mereka sihat dan tiada tanda-tanda ataupun gejala jangkitan sehingga hari ini.

Sampel klinikal juga telah diambil di kalangan kontak ini untuk ujian pengesanan 2019-nCoV. Jabatan Kesihatan Negeri Johor akan terus memantau tahap kesihatan harian mereka sehingga 14 hari atau sehingga mereka pulang ke negara asal atau yang mana terdahulu.” maklum Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah di dalam kenyataan media hari ini.

Tambah beliau lagi, sehingga 24 Januari 2020, tiada kes yang disahkan novel coronavirus (2019-nCoV) dilaporkan kepada JKN Johor, mahupun kepada KKM dan pihak KKM merakamkan penghargaan di atas kerjasama rapat dan perkongsian maklumat kesihatan berkaitan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Singapura.

“Kolaborasi dua hala ini akan terus diperkukuhkan di antara Kementerian Kesihatan kedua-dua negara. KKM akan terus memantau perkembangan terkini wabak 2019-nCoV di China dari semasa ke semasa melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan sumber-sumber rasmi yang lain” kata Dr. Noor Hisham.

Pada 23 Januari 2020, negara Singapura telah memaklumkan satu kes import novel coronavirus (2019-nCoV) melibatkan seorang lelaki, warganegara China dari Wuhan berumur 66 tahun.  Anak lelaki warga emas itu yang berusia 37 tahun juga dilaporkan sah dijangkiti virus berkenaan pada hari ini manakala sembilan lagi ahli rombongan bersama warga emas itu dikuarantin dan menjalani pemantauan selama dua minggu.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...